Rapatkan muafakat demi kestabilan, demi Islam

- Advertisement -

TAHUN 1511, ketika Empayar Islam Kesultanan Melayu Melaka berada di Zaman Keemasan sebagai emporium perdagangan terkaya dunia, Portugis sebuah kuasa Barat yang terletak hampir 12,000 km jauh, berjaya menjajah Melaka.

Natijahnya Orang Arab dan Orang Melayu disembelih Alfonso De Albuqurque dan Portugis kerana agama mereka. Ramai yang lari ke seluruh pelosok Alam Melayu dan ada yang mengikut Sultan beralah ke Bintan. Kejatuhan Melaka menjadi titik bermulanya kependudukan Imperialisme Barat yang menjaja ‘Gold, Gospel & Glory’ di Alam Melayu. Ianya seharusnya menjadi mimpi ngeri dan trauma maha dahsyat umat Melayu.

Menginjak Pasca Wawasan 2020, Islam dan pribumi yang menganutinya di Malaysia, masih lagi dibenci dan ‘diperangi’. Malaysia dengan kedudukan ultra strategik di selat paling sibuk dunia perlu ‘direformasikan’ mengikut acuan Orde Dunia Baru dan yang terkini Alaf Baru.

- Advertisement -

Pendek kata Islam dan Muslim di Malaysia seperti saudara seagama yang lain di dunia harus memenuhi acuan kosher RAND Corp. Muslim Malaysia, nampaknya cuba dinafikan daripada menuntut semula, agama dan cara hidup Islam pra kedatangan penjajah lebih 500 tahun lampau walaupun ianya selari Perlembagaan Persekutuan, Undang-undang Tertinggi Negara, yang meletakkan Islam sebagai Agama bagi Persekutuan.

Maka tidak hairanlah jika Briget Welsh ‘meraikan’ keputusan penggunaan kalimah ‘Allah, Kaabah, Baitullah dan Solat’ di Mahkamah Tinggi kelmarin dengan tweet tahniah kepada Jill Ireland, yang beberapa tahun lalu pernah menggemparkan negara kerana ditahan dan CD Kristian yang dibelinya di Indonesia, dirampas pihak berkuasa.

Bridget Welsh juga dalam penulisannya yang bertajuk ‘Race, Religion & Reform’ di carnegieendowment.org dengan semberono menukilkan di Malaysia ‘…ethnic minorities has been treated as second-class citizen.’ Walaupun hakikatnya keadaan ekonomi dan ekuiti warga pribumi adalah yang tercorot sekali dan hak-hak keistimewaan pribumi juga dilindungi Perlembagaan Persekutuan.

Namun apabila kepimpinan Melayu atau Muslim sedang sibuk bertelagah sesama sendiri, bagaimanakah mampu kita menangani serangan demi serangan dan fitnah yang tentunya tidak akan terhenti di situ? Pernahkah kita terfikir bahawa empat kalimah Islami ini kelak, akan dibenarkan pula untuk digunakan selain daripada tujuan pendidikan semata-mata?

Bagaimanakah natijahnya nanti? Tidak cukupkah isu kalimah suci Islam ini untuk menyatukan kita semua? Apatah lagi di kala negara cuba bangkit daripada pandemik COVID-19 yang setakat ini telah meragut lebih seribu nyawa dan memberikan impak negatif ke atas ekonomi jutaan penduduk Malaysia. Di kala Malaysia dikatakan perlu keluar daripada kepompong ‘middle income trap’ seperti yang diingatkan oleh Perdana Menteri sendiri dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, kita memerlukan era kepimpinan politik yang stabil.

Tidak rugi jika kita menjenguk kestabilan politik yang dipraktikkan dua kuasa besar dunia yakni Russia dan China. Tahukan kita bahawa Presiden China, Xi Jinping adalah ‘Presiden Seumur Hidup’ kuasa besar ekonomi itu? Usai di situ China tidak berpaling lagi dan Presiden Xi Jinping terbukti berjaya memacu negara itu mengecapi beberapa milestone ekonomi khasnya dengan inisiatif mega ‘One Belt, One Road’ yang bakal mengubah dunia.

Di Russia pula, Presiden Vladimir Putin setelah memenangi referendum dan beberapa pindaan dibuat ke atas Perlembagaan Negara tersebut, jika kesihatannya mengizinkan, bakal memimpin Russia sehingga 2036. Menurut Presiden Putin sendiri semua ini dilakukan untuk mengembalikan Kremlin, paling kurang pun, ke era kegemilangan Soviet Union.

Hakikatnya kestabilan politik dan pemerintahan bukanlah asing kepada kita. Selama 22 tahun era pemerintahan Tun Mahathir Mohammad, pra Kerajaan DAP-PH, telah berjaya mengangkat Malaysia menjadi negara perindustrian dan mengurangkan jurang kemiskinan secara signifikan. Lalu di manakah silapnya sekarang? Berstrategikah dan kuatkah kita kelak, jika parti Orang Melayu atau Islam ‘dipecahkan’ sehingga sepuluh parti banyaknya?

Cukup banggakah kita semua apabila Melaka kini, pasca ‘Wawasan 2020’, digelar ‘sleepy tourist town’? Dan ketika Indonesia mendabik dada bakal menjadi Kuasa Ekonomi ke-4 Terbesar Dunia menjelang 2045 kelak, kita ini mahu ke depan atau ke belakang sebenarnya?

HARIZAL HASSAN 
Mantan Eksekutif Kanan, Pusat Kajian Media, Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) 

Pembacaan lanjut:
(1) https://www.asianstudies.org/publications/eaa/archives/when-the-world-came-to-southeast-asia-malacca-and-the-global-economy/
(2) World History
(3) http://malaysia.distanceworld.com/pwp/31002989-3837007
(4)https://twitter.com/dririshsea/status/1369536226932457473
(5) https://carnegieendowment.org/2020/08/18/malaysia-s-political-polarization-race-religion-and-reform-pub-82436 
(6) https://www.sinarharian.com.my/article/127767/BERITA/Semasa/Mahkamah-Tinggi-benarkan-Kristian-guna-kalimah-ALLAH
(7) https://malaysia.news.yahoo.com/mahkamah-arah-kdn-kembalikan-cd-jill-ireland-043159567.html 
(8) https://www.pmo.gov.my/ms/kemakmuran-bersama/
(9) https://www.nst.com.my/business/2020/04/588402/malaysia-stuck-middle-income-trap-moodys-analytics
(10) http://fokus.my/china-dream-one-belt-one-road-obor-dan-peranan-diaspora-cina/
(11) https://thehill.com/opinion/national-security/505807-vladimir-putin-becomes-russias-president-for-life?rl=1
(12) https://setkab.go.id/en/indonesia-will-be-worlds-4th-largest-economy-by-2045-president-jokowi-says/ – HARAKAHDAILY 11/3/2021

- Advertisement -