SMART SBB tingkat tahap sara diri petani

- Advertisement -

ALOR SETAR: Pelaksanaan Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) diharap mampu meningkatkan Tahap Sara Diri (SSL) petani di negara ini.

Pengerusi NGO Pesawah, Fuad Yaakob berkata, pelaksanaan SMART SBB tidak akan menjejaskan petani seperti mana tindakan menswastakan Lembaga Padi Negara (LPN) sebelum ini.

Katanya program seperti itu diharap tidak berlaku seperti LPN dahulu, di mana selepas beberapa tahun diswastakan petani terjejas apabila ada kilang terpaksa ditutup.

- Advertisement -

“Kementerian dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) diharap dapat melihat aspek kebajikan apabila berlaku sesuatu bencana.

“Selain itu harga siling benih padi dikira memberi kesan kepada pesawah. Malah sistem tersebut juga dirancang kerajaan Pakatan Harapan (PH) namun ditangguh,” katanya pada program bersama timbalan menteri semalam.

Majlis Sembang Santai itu diadakan bersama Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Dato’ Che Abdullah Mat Nawi diadakan di Alor Penyengat. (Foto atas)

Turut hadir Pesuruhjaya PAS Kedah, Senator Ahmad Yahaya.

Sementara Pengerusi MADA, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, pihaknya memberi jaminan setiap program yang dirancang boleh memberi kebaikan kepada petani.

“Petani wajar melahirkan kerisauan berkenaan SMART SBB tetapi saya bagi jaminan ia dibuat untuk kebaikan petani.

“Perkara itu masih dibincang secara terperinci oleh MADA. Apa pun mesti kepentingan petani diutamakan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 9/3/2021

- Advertisement -