Sentiasa mencari persamaan dan manfaat untuk umat

- Advertisement -

KETOKOHAN dan ilmunya banyak ditumpang manfaatnya oleh rakyat Malaysia, beliau ada tekad dan semangat yang kuat dalam membudayakan ilmu dan menggarap ketulenannya.

Dr MAZA ketika beliau turun ke Kuala Lumpur baru-baru ini sempat bertamu di rumah saya selepas selesai Forum Perdana. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi memenuhi jemputan kami di sini.

Dalam Islam, berbeza pandangan dan pendekatan itu perkara biasa. Yang penting, beza yang ada tidak boleh menjadikan kita berjauhan kerana hakikatnya kita ada lebih banyak titik persamaan.

- Advertisement -

Tidak semua dan tidak selamanya yang datang daripada kita itu betul sentiasa, begitu jugalah tidak semua dan selamanya yang datang daripada orang lain itu salah semuanya. Musuh Islam yang kita hadapi adalah sama. Insya-Allah, sama-sama kita menghormati perbezaan pandangan, pada masa yang sama masih boleh duduk bekerjasama di bawah payung ukhuwah Islamiah.

Ulamak Salaf seumpama Sayyid Rasyid Redha meletakkan ungkapan yang mendamaikan:

نتعاون فيما اتفقنا عليه، ويعذر بعضنا بعضا فيما اختلفنا فيه

“Kita bantu membantu dalam perkara yang kita sepakati kita bertolak ansur dalam perkara yang kita perselisihkan.”

Semoga hubungan yang erat ini akan menatijahkan manfaat yang banyak untuk umat Islam di Malaysia insyaAllah.

YB USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 9/3/2021

- Advertisement -