Perlu prihatin penyuraian pulang pelajar sekolah

- Advertisement -

ANTARA perkara yang paling mencabar untuk ditangani oleh KPM dan pihak sekolah apabila sekolah secara bersemuka dibuka semula adalah penyuraian murid setelah tamat sesi persekolahan. Apatah lagi penyuraian untuk sekolah dua sesi yang mempunyai ramai murid.

Pihak JPN dan PPD telah diminta membantu pihak sekolah bagi memastikan kaedah penyuraian terbaik dapat dilaksanakan berdasarkan keadaan dan lokasi sekolah. Tengah hari tadi saya bersama KSU dan KPPM singgah ke SK Cyberjaya. Sekolah ini adalah sekolah dua sesi dengan murid seramai 2,366 orang.

- Advertisement -

Ketika kami sampai, hampir seluruh jentera sekolah yang diketuai oleh Guru Besar, Cikgu Royahan, sedang mengendalikan penyuraian murid. Pergerakan murid dari kelas ke luar pagar sekolah disusun dengan rapi. PIBG juga kelihatan begitu bersemangat membantu.

Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Wan Kamarul Azran bersama anggota juga banyak membantu melancarkan penyuraian, khususnya trafik di luar sekolah. Ayuh, sama-sama kita terus tambah baik sistem penyuraian yang ada dari semasa ke semasa. Kami tidaklah sempurna, tetapi kami komited untuk terus melakukan yang terbaik.

Kepada guru-guru di seluruh negara yang berpanas dan berhujan untuk membantu melancarkan penyuraian murid, komitmen kalian tiada tolok bandingnya! Kepada PIBG, PDRM, RELA dan semua pihak yang telah membantu, ayuh kita teruskan kerjasama yang baik ini. Setulus ucapan terima kasih daripada kami kepada kalian semua. Semoga usaha yang baik ini sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaannya.

YB SENATOR DR MOHD RADZI MD JIDIN
Menteri Pendidikan Malaysia – HARAKAHDAILY 9/3/2021

- Advertisement -