Ekonomi sentuhan rendah terjana oleh teknologi tinggi

- Advertisement -

EKONOMI sentuhan rendah, teknologi tinggi membawa rakyat Malaysia Maju ke hadapan. Hal ini disebabkan perkembangan teknologi pada hari ini semakin bertambah meluas ekoran pandemik COVID-19 yang melanda.

Sebagai contoh, penggunaan aplikasi dalam urusan jual beli barang dan makanan semakin mendapat sambutan sekarang ini kerana kos yang diperlukan untuk memulakan perniagaan adalah rendah dan mampu menjana pendapatan yang lumayan.

Aplikasi seperti Shopee, Lazada, Food Panda, Grab Food dan lain-lain kesemuanya menawarkan platformperniagaan secara atas talian dan tidak memerlukan kedai fizikal. Hal ini menyebabkan ramai peniaga beralih ke arah perniagaan ‘online’

- Advertisement -

Seiring dengan meningkatnya penggunaan aplikasi perniagaan maya ini, tidak ketinggalan penggunaan sistem e-Wallet juga turut sama meningkat. Maka tidak hairan sekarang ini banyak syarikat-syarikat Fintech berlumba untuk melahirkan sistem e-Wallet mereka sendiri. Sebagai contoh Billplz,GHL, Imaginary Pay dan banyak lagi sedang berlumba-lumba untuk menaikkan jenama masing-masing.

Pagi semalam, saya telah menerima kunjungan daripada pegawai Malaysian Debt Ventures Berhad untuk mendengar taklimat berkenaan majlis Menandatangani Perjanjian Kolaborasi di antara Malaysian Debt Ventures Berhad (MDV) dan Kenanga Investment Bank pada pagi tadi di pejabat Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovas 

Turut hadir dalam kunjungan semalam ialah Senior Vice President Venture Finance Division, Mohd Farid Mohd Rosli dan Chief Business Officer, Aimi Aizreen Nasharuddin. Dengan termeterai perjanjian di antara MDV dan Kenanga Investment Bank akan mewujudkan satu dana bagi membiayai syarikat-syarikat ‘Fintech’ untuk terus berkembang di Malaysia.

YB DATO’ HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi – HARAKAHDAILY 9/3/2021

- Advertisement -