Asyraf Wajdi terkhilaf, maafkan dia

Gambar fail.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pemuda Perikatan Nasional (PN) menyeru pemuda PN dan PAS memaafkan kekhilafan Ketua Pemuda Umno, Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang memuat naik satu hantaran yang mendatangkan kekeliruan pengguna media sosial.

Ketua Pemuda PN, Senator Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, kekhilafan adalah satu perkara biasa sebagai seorang manusia, malah Dr Asyraf sudah pun memadamkan hantaran tersebut di Facebooknya.

“Sahabat saya, Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Pemuda Umno terkhilaf.

- Advertisement -

“Saya menyeru kepada semua pemuda-pemuda PAS dan pemuda-pemuda PN untuk memaafkan beliau.

“Alhamdulillah, posting tersebut pun telah dipadamkan pada page beliau,” ujarnya yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Menurutnya, melakukan khilaf di dalam penilaian sesuatu perkara adalah perkara biasa bagi kita sebagai seorang manusia.

Apa yang penting ialah kita belajar daripada kesilapan kita dan tidak mengulangi kesilapan tersebut, ujarnya.

“Saya sendiri selaku Ketua Pemuda Perikatan Nasional mengambil pendirian untuk memaafkan sahabat saya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki,” katanya lagi

Justeru itu, beliau menyeru kepada semua anak muda daripada semua latar belakang dan pendirian politik untuk memanfaatkan masa darurat ini untuk fokus kepada isu rakyat yang terkesan di luar sana.

“Kita fokus kepada penyatuan ummah dan perdamaian politik. Kita semua mesti bersatu usaha, hati dan doa bagi membendung pandemik Covid-19,” jelasnya. – HARAKAHDAILY 9/2/2021

- Advertisement -