Kronologi isu Myanmar

- Advertisement -

TATMADAW dan tentera kuasai Myanmar sejak 1962 kerana isu penggulingan zaman tersebut.

Ang Suu Kyi bangkit dengan parti NLD pada 1988-89 melalui demontrasi besar-besaran. Tatmadaw rasa tergugat.

- Advertisement -

Pada 1990 Tatmadaw dan tentera hantar NUP sebagai proksi lawan NLD dalam pilihan raya. Tapi NUP kalah teruk.

Disebabkan rasa tergugat Tatmadaw dan tentera tidak adakan pilihan raya. Barat anugerah Nobel kepada Ang Suu Kyi pada 1991.

2010 Tatmadaw adakan pilihan raya, dan proksi Tatmadaw dan tentera menang pilihan raya.

2011 Hillary Clinton melawat Myanmar, dan memperlihatkan dasar keterbukaan Myanmar. Justeru, India mula tertarik untuk melabur berbilion Dolar di Myanmar.

Sepanjang 2011 hingga 2020 banyak projek India termasuk projek utamanya ialah di Sittwe, pelabuhan di Arakan (Rakhine), negeri didiami Muslim Rohingya.

2012 Tatmadaw dan tentera mulakan serangan terhadap Umat Islam Rohingya di Daerah Rekhine.

2013 China lancar projek BRI yang melibatkan Daerah Rekhine (tempat orang Rohingya). Sehingga 2020 agak banyak projek China-Myanmar.

Pada pilihan raya 2015 NLD (Ang Suu Kyi) menang semula. 

2016 dan 2017 Tatmadaw serang Umat Islam Rohingya dengan lebih teruk, supaya Kerajaan NLD kena tekan oleh Antarabangsa. 

2018 China menguatkan hubungan dengan Myanmar melalui projek CMEC yang turut melibatkan Daerah Rekhine.

Pertengahan 2019, Amerika mengambil tindakan mengenakan sekatan ke atas pemimpin tentera Myanmar atas isu keganasan.

Awal 2020 Ang Suu Kyi dibicarakan sebab isu Rohingya angkara Tatmadaw dan tentera. Tapi Ang Suu Kyi sokong tindakan Tatmadaw, dan menang pilihan raya.

Pada Januari 2021 Myanmar menandatangani 33 persefahaman dengan China. China sebenarnya lebih selesa dengan Tatmadaw dan tentera berbanding NLD. 

Tatmadaw dan tentera rasa tergugat dengan kemenangan NLD pada pilihan raya November 2020, lalu buat penggulingan pada Februari 2021. Jepun bersuara mempertahankan Ang Suu Kyi.

Kesimpulan dan pengajaran

Beberapa negara seperti India dan China melihat Myanmar adalah lokasi penting untuk pengukuhan pengaruh masing masing di Lautan Hindi. Umat Islam Rohingya diserang dan dibunuh antaranya kerana agenda politik Tatmadaw dan tentera untuk tarik perhatian Antarabangsa terhadap Kerajaan Ang Suu Kyi.

Ang Suu Kyi bermain politik sebab tak mahu disekat oleh tentera. Sasarannya untuk menang dahulu, baru handle isu Rohingya. Beliau agak rasis juga sebenarnya. Umat Islam diperlakukan seperti barang mainan hanya untuk menjayakan politik mereka yang berkepentingan.

Bila Umat Islam tiada kuasa, maka Umat Islam jadi bahan mainan. Tiada khalifah Islam, menyebabkan tiada siapa dapat halang kezaliman itu.

MUHAMMAD MUJAHID IR MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 5/2/2021

- Advertisement -