Gesa tarik gelaran ‘Tan Sri’ bekas Peguam Negara

- Advertisement -

ULTRA kiasu bukan sahaja derhaka kepada Yang di-Pertuan Agong, tetapi mengeluarkan laporan penuh curiga dalam memoirnya untuk mendapat publisiti murahan. Tidak sampai 22 bulan ultra kiasu menjadi Peguam Negara, berbagai ‘fitnah’ dan perkara yang tidak sepatutnya didedahkan, telah dilakukan, tanpa rasa malu dan bersalah. 

Tahniah ke atas Bossku yang menyaman dan beberapa individu lain yang membuat laporan polis. Bayangkan jika diberi lagi peluang menjawat jawatan sama lebih lama daripada itu, berapa banyak lagi ‘rahsia negara’ yang akan didedahkan kepada khalayak. 

- Advertisement -

Peliknya, parti ultra kiasu dan sewaktu dengannya, langsung tidak menegur beliau. Apakah mereka bersetuju kesemua memoir yang ditulis? Nyata sekali peguam ultra kiasu sudah melebihi batas. Sehinggakan perkara ‘sulit’ perbincangannya dengan Yang di-Pertuan Agong pun turut didedahkan. 

Saya cadangkan YDPA segera menarik balik anugerah kebesaran ‘Tan Sri’. Beliau tidak layak diberikan gelaran tersebut. Biasa gelaran ‘Tan Sri’ ini diberikan setelah diberikan gelaran yang lebih bawah terlebih dahulu, ini tidak, terus lompat ‘Tan Sri’. Siapa punya kerja ini?

Siapa yang mencadangkan gelaran kalau bukan kerajaan yang diketuai oleh ultra kiasu ketika itu. Inilah bahayanya apabila ultra kiasu dibiarkan memerintah. Biasanya bila orang menulis memoir, semua yang diluahkan adalah perkara yang benar belaka, berasaskan pengalaman yang dilalui, bukan fitnah atau perkara yang tidak betul. 

Tetapi lain pula ultra kiasu ini. Banyak yang tidak benar. Ini bukan memoir, bukan juga memori, melainkan memodal, memo bedal. Mohon juga KDN mengambil segera tindakan terhadap penerbit buku ini yang sudah terkenal dengan ultra kiasunya. Jika tidak, kita sedang menghidangkan perkara yang tidak benar atau cerita bohong, walaupun tidak sepenuhnya.

PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH – HARAKAHDAILY 3/2/2021

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -