Sel janin dalam vaksin COVID-19?

- Advertisement -

VAKSIN adalah produk yang berkesan, kurang kesan sampingan serta berkualiti. Proses pembuatannya terbahagi kepada dua:

(1) Kaedah konvensional. 
(2) Kaedah sintetik. 

Vaksin yang menggunakan kaedah mRNA seperti Pfizer-BioNTech dan Moderna menggunakan kaedah sintetik. Di sini tidak langsung melibatkan sel hidup seperti sel manusia ataupun haiwan. Bagi proses pembangunan vaksin melalui kaedah konvensional pula masyarakat perlu memahami bagaimana ianya dibuat.

- Advertisement -

Ianya telah dijalankan uji kaji secara saintifik dan didapati selamat digunakan serta tiada kesan sampingan yang serius dan berkualiti. Berkualiti di sini bermaksud bahawa produk vaksin itu tulen dan suci dari tapak pembiakan yang digunakan pada peringkat awal. Proses pembuatan vaksin dilakukan dengan teliti, etika dan di bawah pengawasan yang ketat.

Produk akhirnya adalah hanyalah virus untuk dijadikan bahan asas kepada vaksin. Penggunaan sel janin ataupun ginjal monyet hanyalah digunakan sebagai tapak untuk membiak virus. Virus tersebut perlu diternak atau biak terlebih dahulu sebelum diambil untuk dijadikan vaksin. Ini adalah proses yang perlu diisytiharkan kepada masyarakat bahawa kaedah pembuatan vaksin itu melalui tahap-tahap yang berkenaan.

Tapak pembiakan virus tersebut tidak diambil untuk dimasukkan dalam vaksin. Tapak pembiakkan virus untuk:

(1) Sinovac: Vero Cell (Ginjal monyet).
(2) AstraZeneca: HEK Cell (Sel janin).
(3) Sputnik: PER.C26 Cell (Sel janin).

Virus tersebut dipetik, dibilas dan dituras berkali-kali sampai ianya betul-betul tulen. Virus itu dipastikan tidak bercampur baur dengan tapak asal. Kemudian virus tersebut dimatikan atau dipotong-potong untuk dijadikan vaksin. Setelah itu dimasukkan formulasi seperti pemangkin, adjuvan, antibiotik dan lain-lain bahan penstabil.

Produk akhir vaksin tiada sel tapak yang tinggal. Tulen virus lemah atau mati dan bahan formulasi sahaja. Proses seperti ini sudah lama digunakan dalam virus vaksin lain seperti virus Rubella. Ianya telah diketahui umum dan tidak ada pertikaian pun.

Adalah tidak benar jika ada segelintir pihak yang mengatakan bahawa sel janin dan ginjal monyet ataupun seumpamanya itu dimasukkan ke dalam vaksin. Jangan cuba kelirukan masyarakat dalam isu ini.

DR SUHAZELI ABDULLAH 
Pakar Perubatan Keluarga 
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 20/1/2021

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

Video penerangan: https://youtu.be/AVghGMLOKJ4

- Advertisement -