Tahniah Senator Ir Ts Khairil Nizam

- Advertisement -

DEWAN Ulama PAS Pusat (DUPP) merakamkan sekalung tahniah kepada YB Senator, Ir Ts Hj Khairil Nizam, Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia atas pelantikan beliau pada hari ini sebagai Ahli Dewan Negara secara rasmi.

- Advertisement -

Dalam konteks kerjasama parti-parti dalam kerajaan Perikatan Nasional, beliau juga diamanahkan sebagai Ketua Pemua Perikatan Nasional sebelum ini, secara jelas posisi beliau dalam Dewan Negara akan mengangkat suara anak muda dan isu-isu yang berlegar secara khususnya demi memastikan kesejahteraan anak muda dapat dibela dengan baik.

Selain itu, kepakaran dan kemahiran yang dimiliki oleh beliau sudah pasti ditagih untuk dimanfaatkan bagi menyumbangkan idea dalam perbahasan Dewan Negara dalam membangunkan negara menuju ke arah gagasan Malaysia Sejahtera selari dengan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) yang pernah dikemukakan oleh PAS.

DUPP mengharapkan keterlibatan pimpinan anak muda di semua negeri dan kawasan khususnya untuk memberikan kerjasama yang baik dalam membantu tugas berat yang diamanahkan kepada YB Senator Ir Ts Hj Khairil Nizam. Ini kerana perjuangan Islam bukanlah bersifat individu namun ia dibawa secara berjemaah dan dikendalikan oleh pimpinan yang dilantik.

DUPP mendoakan kebaikan kepada YB Senator agar setiap langkahnya diberikan limpahan barakah oleh Allah SWT serta sentiasa mendapat nusrah dari Allah SWT dalam setiap tindakan yang diambil demi memastikan kepentingan Islam terbela serta kesejahteraan negara dan ummah khususnya di negara Malaysia tercinta ini.

Daripada Sayidatina Aisyah bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُحِبُّ إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَلًا أَنْ يُتْقِنَهُ

Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla mencintai seseorang yang apabila dia mengerjakan sesuatu kerja, dia laksanakan dengan cemerlang.” – riwayat at-Tabrani dan al-Baihaqi

Ulamak Perteguh Muafakat
Islam Memperkukuh Perpaduan

YB USTAZ MOHD NOR HAMZAH
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat. – HARAKAHDAILY 28/12/2020

- Advertisement -