Melihat kaedah ekstrak REE dinyatakan MB Kedah

- Advertisement -

MENTERI Besar Kedah, YB Muhammad Sanusi Md Nor menerangkan cara ekstrak REE. Ramai juga yang gelakkan kenyataan beliau. Boleh baca link [1]. Dari sudut akademik, cara melombong REE didapati berbeza dengan cara melombong emas. 

Pada skala kecil dalam makmal, pengekstrakan REE dilakukan dengan kaedah ‘leaching’ atau ‘total digestion’ menggunakan asid atau bahan kimia di mana solution ini dimasukkan dalam tanah atau batuan hancur dan dipanaskan. Ini yang biasa saya dan pelajar lakukan di makmal. 

Walau bagaimanapun, bagi skala lombong. Kebanyakan REE berada pada kedalaman 5-10 meter (lihat gambar). Jadi bagaimana nak keluarkan? Ada satu kaedah dinamakan In Situ Recovery (ISR) (lihat gambar) di mana paip dimasukkan ke dalam tanah. Kemudian ‘leaching solution’s yang terdiri daripada asid dan Ammonium Sulfate akan dimasukkan ke dalam tanah melalui paip tersebut. 

- Advertisement -

Bagi kes di Malaysia, Jabatan Mineral Dan Geosains JMG tidak membenarkan penggunaan asid, maka pengekstrakan hanya akan dilakukan menggunakan Ammonium Sulfate. AS tidak berbahaya seperti asid. AS adalah Bahan asas dalam kebanyakan baja (fertilizer).

Tujuan dimasukkan ‘leaching solutions’ tersebut adalah untuk memisahkan (extract) REE dari tanah liat yang berada di dalam tanah (sama proses seperti dalam makmal cuma proses ini berlaku dalam tanah) (lihat gambar). 

Apabila REE dipisahkan, cecair yang mengandungi REE itu akan disedut keluar dan diasingkan di permukaan (purification). (Lihat gambar). Saya kira mungkin inilah yang dimaksudkan dengan kenyataan YB MB Kedah ‘pakai paip, keluar sikit-sikit’.

Kaedah ini lebih mudah dan jimat kerana tak semua batuan atau tanah liat diangkut keluar. Bahan kimia yang dilepaskan ke dalam tanah mungkin memberi kesan pada alam sekitar, walau bagaimanapun, memandangkan penggunaan asid tidak dibenarkan oleh JMG, maka impak kepada Alam Sekitar dijangkakan minima.

TS. CHM DR. ABDUL HAFIDZ YUSOFF
Pengarah, Bahagian Pengurusan Penyelidikan Pusat Pengurusan dan Inovasi – HARAKAHDAILY 5/12/2020

[1] https://harakahdaily.net/index.php/2020/12/02/kedah-temui-mineral-baharu-dianggar-bernilai-rm62-bilion/

Sumber asal: https://www.facebook.com/100000174865922/posts/4135984163084038/

- Advertisement -