Perkasa agenda kebajikan setempat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Hubungan erat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan (WP) dan Pertubuhan Kami Prihatin WP mampu memperkasakan lagi agenda kebajikan.

Ia dapat ditafsirkan melalui kunjungan hormat kedua-dua NGO tersebut yang dihadiri Pengarah JKM WP, Hezleen Hassan bersama Timbalannya, Wan Zarina, serta Pengerusi Pertubuhan Kami Prihatin WP, Tuan Abu Baker Sidek, dan wakil jawatankuasa dari kedua-dua pihak di Hotel Grand Season, di sini, semalam.

- Advertisement -

Menurut Hezleen, JKM WP amat mengalu-alukan jaringan kerjasama di antara kedua-dua belah pihak.

Katanya, beliau menyambut baik sebarang cadangan, pandangan serta perkongsian dari Pertubuhan Kami Prihatin WP.

Malah menganggap bahawa tarikan kerjasama tersebut adalah dengan penglibatan barisan sukarelawan yang sanggup berkhidmat di bawah Pertubuhan Kami Prihatin WP.

Hal ini kerana, kata beliau ia dapat membantu mereka yang berada di dalam aktiviti kebajikan gelandangan serta penyaluran bantuan bencana alam kepada penduduk di Wilayah Persekutuan.

Sehingga kini, NGO Kami Prihatin giat memberi sumbangan ‘face shield‘ kepada hospital-hospital di Wilayah Persekutuan.

Bahkan, dalam usaha sama, mereka sedang giat menghasilkan lebih banyak Personal Protective Equipment (PPE) buat kegunaan ‘frontliner’ di hospital-hospital terbabit.

Pertubuhan Kami Prihatin WP juga sempat didedahkan dengan skim-skim bantuan yang ditawarkan oleh JKM WP termasuk penyediaan rumah perlindungan sementara dan sesi kaunseling kendalian JKM. – HARAKAHDAILY 5/12/2020

- Advertisement -