Blok Barat yang didominasi oleh Yahudi Nasrani

DI DALAM al-Quran banyak ayat yang menceritakan mengenai Yahudi dan Nasrani. Termasuk Surah al-Fatihah yang kita baca setiap hari, setiap kali solat:

Advertisement

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (6) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ (7)

Imam Ibnu Kathir menafsirkan mereka yang diberi nikmat ( الذين أنعمت عليهم ) ialah mereka yang mentaati Allah dan Rasul berdasarkan Surah an-Nisa ayat 69 dan 70. Menggambarkan jalan yang lurus itu adalah jalan mereka yang mengikuti petunjuk Allah dan Rasul-Nya.

Para Mufassir menafsirkan jalan yang dibenci ( غير المغضوب عليهم  ) ialah Yahudi dan jalan yang sesat ( ولا الضالين  ) ialah Nasrani. Ayat terakhir Surah al-Fatihah menggambarkan jalan yang tak betul, iaitu jalan Yahudi dan Nasrani.

Firman-Nya dalam Surah al-Maidah ayat 52:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَىٰ أَوْلِيَاءَ ۘ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ 

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.”

Realiti hari ini umat Islam hidup berpecah. Negara-negara Islam yang semakin intim dengan Israel sejak 2006, sudah mula menzahirkan hubungan mereka atas nama normalisasi. 

Agenda normalisasi ini dikepalai oleh Amerika yang menganut fahaman Kristian Katholik. Kristian dan Israel bantu membantu menjayakan agenda mereka jelas sepertimana yang difirmankan oleh Allah S.W.T:

 بعضهم أولياء بعض

Saudi, Mesir, Bahrain, UAE, Sudan dan beberapa lagi yang mengadakan hubungan dengan Israel dan Amerika (Blok Barat). Menjadi alat untuk menjayakan agenda pemetaan semula Asia Barat.

Mungkin beberapa tulisan lama saya yang agak berguna untuk menghuraikan hal ini. Antaranya:

(1) Persaingan Antara Dunia Islam Dalam Pasaran Ideologi

(2) Agenda-agenda Besar Ke Arah Israel Raya

(3) Normalisasi : Sikap Negara Arab Yang Memudahkan Pax Judaica

MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 27/11/2020