Agenda-agenda besar ke arah Israel Raya

- Advertisement -

LATAR belakang isu GERD

(1) Sebelum ini saya ada menulis beberapa artikel mengenai GERD, iaitu sebuah empangan yang dibina oleh Ethiopia bagi menahan Sungai Nil. Boleh rujuk beberapa pautan berikut;

(a) GERD: Mesir – Sudan – Eithiopia dan Tanda Kiamat [1]

(b) Di Sebalik Grand Etiophian Reinassance Dam [2]

(2) Secara mata kasarnya, projek ini adalah manfaat untuk Ethiopia untuk penjanaan elektrik, membangunkan kawasan tandus di situ, dan sebagainya. Boleh rujuk artikel-artikel lepas.

Namun, hari ini projek ini semakin ‘menyeramkan’ Mesir apabila mereka bakal menerima kesan teruk terhadap projek tersebut. Khususnya apabila empangan itu sudah mula beroperasi.

- Advertisement -

(3) Biasanya para pengkaji geopolitik tidak menceritakan ‘kesimpulan’nya yang tersirat. Biasanya para pengkaji akan menceritakan fakta-fakta, dan memberi kebebasan kepada para pembaca untuk membuat kesimpulannya.

Apatah lagi bimbang ia bersifat tuduhan, atau tidak terbuka dalam penilaian. Walau bagaimanapun, saya bukanlah pengkaji geopolitik. Insya-Allah saya cuba selitkan juga kesimpulannya.

(4) Dalam isu empangan ini, seperti biasa, kita perlu lihat dari skop yang luas. Iaitu;

(a) Perancangan Amerika untuk merealisasikan Pax Judaica yang sudah saya tulis banyak kali sebelum ini.

(b) Sejarah dan fakta perebutan sungai sejak sekian lama menghuru-harakan dunia.

(c) Persaingan untuk menguasai Tanduk Afrika, yang merujuk kepada laluan kapal dari Teluk Aden, Laut Merah, Terusan Suez hinggalah ke Mediterranean.

(d) Kepercayaan Zionis mengenai negara mereka yang ‘dijanjikan’. Sila lihat gambar.

Sejarah awal dan normalisasi

(1) Sebelum sampai kepada isu empangan, kita perlu sedar bahawa Zionis merancang untuk mewujudkan negara mereka tersendiri. Lokasinya ialah Palestin. Ia berdasarkan kepercayaan mereka terhadap Talmud.

Justeru, mereka berusaha merancang untuk ke arah itu. Palestin ketika itu berada di bawah kuasa Uthmaniah. Jadi, mereka perlu memecahkan Palestin daripada kekuasaan Uthmaniah.

Caranya ialah menyeru semangat Nasionalis Arab, untuk memisahkan diri daripada Uthmaniah atas alasan kemuliaan Bangsa Arab. Maka terjadilah Revolusi Agung Arab 1916-1918. Orang Arab dibakar untuk keluar daripada Uthmaniah.

(2) Setelah Arab keluar daripada Uthmaniah, negara-negara Arab dikerat-kerat oleh British dan Perancis melalui Perjanjian Sykes-Picot. Menjadikan Perancis berada di bawah British.

1918 menyaksikan kemasukan orang-orang Yahudi beramai-ramai ke dalam Palestin. Ia berterusan sehinggalah Palestin diisytiharkan sebagai Negara Israel secara haram pada 1948.

(3) Negara-negara Arab bangkit menentang, sekalipun nasi sudahpun menjadi ‘hangit’. Penentangan tersebut sekalipun tak berjaya tapi agak memberi tekanan kepada Israel yang dikelilingi oleh negara-negara itu.

Lalu mereka merancang untuk mewujudkan pelbagai agenda antaranya menimbulkan huru-hara pada negara-negara yang melingkungi Palestin. Begitulah juga perancangan untuk menormalisasikan Israel.

Boleh rujuk beberapa artikel saya mengenai normalisasi ini;

(a) Normalisasi Arab dan Projek Merembat Tebing Barat [3]

(b) Normalisasi: Sikap Negara Arab Memudahkan Pax Judaica [4]

Pemetaan semula Asia Barat

(1) Zionis hakikatnya sejak awal penubuhan bukan hanya mengimpikan Tanah Palestin, akan tetapi meliputi jajahan impian mereka di antara Sungai Euphrates hingga ke Sungai Nil yang dianggap sebagai ‘Promised Land’. [Gambar]

Maka, mereka merancang;

(a) Lakaran untuk New Middle East, atau Pemetaan Semula Asia Barat bagi mewujudkan huru-hara, dan juga membina empayar Israel Raya.

(b) Penguasaan laluan laut yang dipanggil sebagai Tanduk Afrika atas sebab sebahagian Laut Merah sehinggalah Suez dan Mediterranean termasuk dalam Pelan Israel Raya.

(2) Pemetaan semula Asia Barat saya telah huraikan dalam banyak artikel sebelum ini, boleh rujuk antaranya:

(a) Yahudi dan Rancangan Jangkamasa Panjang [5]

(b) Negara Baru Islam Lakaran Israel [6]

(c) Protes di Lubnan dan Agenda Perancangan Israel [7]

(d) Pemetaan Semula Asia Barat [8]

Isu yang berkaitan Tanduk Afrika juga telah saya selit dalam beberapa artikel di bawah sebagai rujukan;

(a) Krisis Somalia-Somaliland dan Perancangan Barat [9]

(b) Tanduk Afrika Sasaran Israel [10]

Maka, rajin-rajinlah membaca untuk melihat skop ini secara luas. Justeru, kesimpulan yang saya kemukakan di akhir tulisan ini, bukanlah secara koboi, insya-Allah.

Sungai Nil dan Konflik Turki-Syria-Kurdish

(1) Apa yang boleh kita rangkumkan daripada kesemua kaitan-kaitan yang saya kongsikan di atas, dapatlah kita fahami bahawa kawasan Mesir, Sudan dan Ethiopia adalah kawasan sasaran Israel.

Israel seperti biasa, sering mencari titik punca untuk mencetuskan ketegangan. Kenapa nak cetuskan ketegangan di wilayah itu? Untuk memastikan kestabilan Israel Raya yang akan mereka dirikan.

(2) Kekacauan di wilayah itu pastinya akan menguntungkan Israel, dan selaras dengan perancangan mereka. Antaranya, apabila wilayah itu bergolak, Israel atau Amerika berpeluang menguasai Tanduk Afrika.

Sudah terlalu banyak fakta huru-hara di seluruh dunia disebabkan perebutan sungai. Maka, Sungai Nil adalah salah satu peluang untuk dijadikan ‘bom jangka’ untuk mencetuskan huru-hara di wilayah itu.

(3) Sungai Nil adalah sungai yang paling utama di rantau itu. Iaitu rantau yang menjadi perhatian Israel untuk dijadikan sempadan di sebelah Barat. Ringkasnya, negara-negara di sekitar Tanduk Afrika ada dua pilihan;

(a) Sama ada menjadi huru-hara seperti di Yaman, Sudan dan Somalia.

(b) Ataupun terpaksa normalisasi dengan Israel seperti Arab Saudi, Mesir dan Sudan (baru sahaja).

(4) Kita boleh fahami ‘rentak’ Israel melalui huru-hara yang terjadi di sekeliling tanah yang dijanjikan untuk dibina Israel Raya. Khususnya konflik sempadan antara Turki, Syria dan Iraq, dengan kemunculan Kurdistan.

Konflik ini termasuk juga huru-hara di Lubnan. Boleh rujuk beberapa artikel saya sebelum ini.

(a) Propaganda Barat dan Kurdistan Raya [11]

(b) Idlib: Krisis yang Rencam dan Berselirat [12]

(c) Kurdish dan Sempadan Turki-Syria [13]

(d) Krisis Idlib dan Psywar Amerika [14]

Israel, Mesir dan Arab Saudi

(1) Sekiranya kita mengamati konflik di antara sempadan Syria-Turki-Iraq dengan kebangkitan geng Kurdistan, kita akan dapat menjangka bahawa konflik yang sama akan terjadi di antara Ethiopia – Sudan – Mesir.

Sama juga krisis di Iraq atas nama memerangi Daesh. Iraq juga sedang bergelut dengan kewujudan ‘orang orang luar’ dalam negara mereka. Antara yang panas pada awal tahun ini [15]. Termasuk juga hubungan antara Iran – Iraq. [16]

Modal yang sama juga digunakan untuk mencetuskan ketegangan antara Turki dan Iraq dengan Empangan Ilisu. Boleh rujuk artikel saya ‘Empangan Ilisu, sejarah, Asia Barat dan Armageddon’. [17]

(2) Perlu sedar bahawa konflik yang berlaku hari ini rata-rata melibatkan negara-negara yang berada dalam radius Israel Raya yang didakwa oleh mereka sebagai tanah yang dijanjikan (promised land).

Tak lari juga persaingan kuasa dalaman Arab Saudi sekalipun Arab Saudi sudah lama bernormalisasi terhadap Israel. Politik dalaman Arab Saudi dengan Ben Salman dilihat lebih menguntungkan Israel.

(3) Walaupun Israel Raya belum di’declare’ secara rasmi pada hari ini, namun, realitinya Israel sudah cukup berpengaruh dengan Arab Saudi dan Mesir yang menguasai Nil Utara, Iskandariah, dan Sinai yang termasuk dalam Pelan Israel Raya.

Sebab itulah tak pelik kalau Mesir menyalurkan gas Mediterranean dari Lapangan Zohr disalurkan ke Israel. Pastinya mengkayakan Israel apatah lagi gas sangat banyak di sekitar kawasan sekitar Leviathan, Tamar dan Aphrodite.

Rizab gas semula jadi di rantau ini yang dianggarkan lebih daripada 120 trilion kaki kubik. Hampir menyamai gas di seluruh Iraq, yang merupakan rizab ke-12 terbesar di seluruh dunia. [18]

[1] https://www.facebook.com/100000953077134/posts/3764721643569568/?d=n

[2] https://www.facebook.com/100000953077134/posts/3189656357742769/?d=n

[3] https://www.facebook.com/100000953077134/posts/3957042064337524/?d=n

[4] https://www.facebook.com/100000953077134/posts/3033312553377151/?d=n

[5] https://www.facebook.com/100000953077134/posts/2977340208974386/?d=n

[6] https://www.facebook.com/100000953077134/posts/2607331175975293/?d=n

[7] https://www.facebook.com/100000953077134/posts/3906251116083286/?d=n

[8] https://www.facebook.com/100000953077134/posts/2597633193611758/?d=n

[9] https://www.facebook.com/100000953077134/posts/3105006449541094/?d=n

[10] https://www.facebook.com/100000953077134/posts/3105006449541094/?d=n

[11] https://www.facebook.com/100000953077134/posts/2603212903053787/?d=n

[12] https://www.facebook.com/100000953077134/posts/3083942908314115/?d=n

[13] https://www.facebook.com/100000953077134/posts/3429340600441009/?d=n

[14] https://www.facebook.com/100000953077134/posts/3720787877962945/?d=n

[15] https://www.sinarharian.com.my/article/65028/KHAS/Konflik-AS-Iran/Tentera-AS-di-Iraq-pindah-ke-Kuwait

[16] https://www.aljazeera.com/news/2020/06/iraqi-forces-raid-iran-backed-kataib-hezbollah-base-14-arrested-200626044827368.html

[17] https://www.facebook.com/100000953077134/posts/3819659444742454/?d=n

[18] https://warontherocks.com/2020/01/hydrocarbon-diplomacy-turkeys-gambit-might-yet-pay-a-peace-dividend/

MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 7/7/2020

- Advertisement -