KDN rangka pelan strategik demi keselamatan Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang merangka pelan strategik secara holistik bagi memperkasakan kawalan keselamatan di sempadan negara.

Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato’ Hamzah Zainudin berkata, kementeriannya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat.

- Advertisement -

“Selain melibatkan perolehan aset serta fasiliti yang bersifat moden dan terkini seperti dron, Armoured Personnel Carrier (APC), Night Vision Goggles (NVG), GPS Tracker dan peralatan-peralatan lain untuk keselamatan sempadan, KDN berpandangan aspek kesiapsiagaan dan keupayaan anggota pasukan keselamatan yang bertugas di sempadan juga harus diperkasakan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa perkara ini dapat direalisasikan melalui latihan dan kerjasama strategik bersama agensi dalam dan luar negara bagi memantapkan lagi keupayaan risikan, siasatan dan pengoperasian anggota di sempadan.

Beliau menjawap soalan Abdul Latiff Abdul Rahman [PAS-Kuala Krai] dalam sesi perbahasan Dewan Rakyat, hari ini.

Jelas KDN, kerajaan sentiasa mengiktiraf jasa dan pengorbanan anggota keselamatan yang telah berkhidmat dengan jujur, ikhlas dan berani dalam mempertahankan keselamatan, keamanan dan kesejahteraan negara.

Justeru, KDN juga memperakukan kenaikan pangkat Sarjan kepada kedua-dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang terbabit dalam kejadian berbalas tembakan di sempadan Malaysia-Thailand pada Selasa lepas. – HARAKAHDAILY 26/11/2020

- Advertisement -