UniMAP berada kelompok universiti terbaik Asia

- Advertisement -

ARAU: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) kini berada pada kedudukan ke-207 terbaik di Asia, meningkat empat tangga berbanding kedudukan ke-211 tahun lalu.

Perkara itu diumumkan Quacquarelli Symonds (QS) semalam.

Berdasarkan laporan QS Asia Rankings 2021 itu juga, UniMAP diiktiraf dalam kelompok 31 peratus universiti terbaik di Asia dan 20 universiti terbaik di Malaysia.

Naib Canselor UniMAP, Prof Ir Ts Dr R Badlishah Ahmad berkata, pencapaian tahun ini mengambil kira data dan prestasi UniMAP bagi tahun 2019.

Katanya, UniMAP menyasarkan prestasi yang lebih cemerlang bagi pengukuran data tahun hadapan.

- Advertisement -

“Kita menyedari persaingan yang cukup sengit dalam kalangan universiti-universiti terutama universiti yang lebih berpengalaman.

“Namun, jika dinilai prestasi UniMAP untuk tempoh lima tahun yang lalu, kita melonjak 14 kedudukan keseluruhannya.

“Berdasar penilaian 2017, UniMAP berada di kedudukan ke 221, manakala berdasarkan aspek peratusan pula, UniMAP memperbaiki kedudukan dari kelompok 53 peratus universiti terbaik di Asia kepada kelompok 31 peratus universiti terbaik,” katanya pada satu kenyataan di sini, hari ini. – HARAKAHDAILY 26/11/2020

- Advertisement -