Seru semua Ahli Parlimen bersatu sokong Belanjawan

- Advertisement -

GERAKAN Pembela Ummah (UMMAH) menyeru Ahli Parlimen kerajaan mahupun pembangkang bersatu dengan mengenepikan perbezaan pendirian politik masing-masing bagi menyokong meluluskan Bajet 2021 demi kepentingan rakyat dan negara sebagaimana titah nasihat yang diberikan oleh YDPA.

Di saat negara dan rakyat sedang bergelut mendepani pandemik COVID-19 dan kesusahan rakyat mengharungi kesuraman ekonomi yang terjejas teruk, maka Ahli Parlimen mesti bertanggungjawab menunjukkan jati diri dan solidariti bersama-sama dengan denyut nadi rakyat dan bukan menonjolkan kepentingan politik dan puak semata-mata.

UMMAH menyeru supaya titah  YDPA menjadi panduan dan nasihat kepada semua ahli politik, agar berjiwa besar di saat negara sedang menghadapi saat yang paling sukar  pada hari ini, maka marilah bersama dengan rakyat menyelamatkan Negara Malaysia.

- Advertisement -

Hari ini UMMAH, MPM, PEMBELA, PERKID, MAPPIM, MIBK, GENG USTAZ telah menyerahkan memorandum sokongan kepada Ketua Whip Kerajaan dan Pembangkang bagi menyampaikan hasrat lebih 1,500 NGO Islam pelbagai pertubuhan di seluruh negara di Parlimen.

MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
25 November 2020 – HARAKAHDAILY 25/11/2020

- Advertisement -