Pusat pemindahan tampung 200,000 mangsa banjir

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan menerima sebanyak RM150,000 daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) selain peruntukan kerajaan negeri RM50,000 bagi menghadapi kemungkinan berlaku banjir besar tahun ini.

- Advertisement -

Menteri Besar, Ustaz Dato Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri sudah melakukan persiapan rapi untuk berhadapan bencana tahunan tersebut.

Bagi tujuan itu katanya, sebanyak 539 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) diwujudkan bagi menampung sehingga 200,000 mangsa banjir seluruh jajahan di Kelantan.

“Kita pun sudah buat beberapa kali mesyuarat dan sekarang kita mengarahkan supaya semua PPS bersiap sedia untuk menerima mangsa banjir ketika ini.

“Beberapa penambahbaikan dilakukan bagi hadapi kemungkinan banjir di sekolah yang dijadikan PPS,” katanya.pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim hari ini. – HARAKAHDAILY 25/11/2020

- Advertisement -