Isu pembelian Vellfire oleh SADA

- Advertisement -

ISU SADA beli Vellfire ini mudah saja nak faham sebenarnya. Tak susah pun. Zaman kerajaan sebelum ini, SADA rugi berpuluh juta. Rakyat duduk bayar bil air, tapi air slow, ada yang tak keluar air. Buka paip, air menitik tap tap tap, kering. Sekali tengok bil, itu dia, kena bayar serupa ada air. Orang marah, geram tak puas hati. Pelik sungguh! 

Dalam Kedah ini, satu syarikat saja urus air, duit ada. Orang duduk guna. Wajib guna. Permintaan tinggi. Tapi barang (air) tak ada, syarikat duduk rugi. Kos operasi tinggi. Duit yang duduk kutip dekat orang ramai itu pergi mana habis?

Paip pecah, meter rosak, duit nak repair katanya kena guna untuk bayar ‘elaun khas’ orang tertentu, beli tiket kapal terbang orang tertentu, ke sana ke sini. Penat ooo. Tinggi ‘maintainance’ depa!

- Advertisement -

Tiba-tiba lepas tukar pengurusan baru, board yang baru, SADA mula untung. Kos operasi makin rendah. Tiada lagi ‘elaun pelik-pelik’, bawah meja. Semua atas meja. 

SPRM pun dah masuk tengok dokumen, tiada masalah. Semua ikut kaedah perolehan yang sepatutnya. Tak ada isu. Projek baik pulih LRA (Loji Rawatan Air) mula dibuka tender. Difahamkan kerja-kerja awal akan mula hujung tahun ini. 

Maknanya, isu air slow, air tak ada, akan mula selesai sedikit demi sedikit. Ada LRA dulunya diswastakan operasinya pada pihak lain, untung berpuluh juta setahun dapat free saja dekat depa. SADA rugi, depa untung. 

Pelik. Berniaga, barang kita punya, orang lain jual, orang lain untung. Kita jual juga, tapi rugi. Apa jadi? Pergi mana duit? Tak tahu. Tanya orang dulu. 

Baru ini, SADA ambil balik semua LRA yang diswastakan itu. Untung mula mai balik. Kewangan SADA mula pulih. Pelabur mula tunjuk minat. Mereka yakin dengan pengurusan yang baru. Projek-projek mula beroperasi. Pekerja-pekerja mula syok bekerja. Selesa dengan pengurusan baru. 

Jadi, isu air di Kedah ini, sikit masa lagi insya-Allah boleh selesai. Syarikat makin pulih. Kos operasi makin berkurang. Duit makin jimat. Untung dah mula ada. 

Bila dah ada untung sikit, SADA beli kenderaan. Beli Vellfire atau Belpaya. Nak guna untuk urusan travel ke sana ke sini dan bawa tetamu. 

Belpaya ini kereta SADA. Bukan kereta MB. MB memang duduk pakai Belpaya dah. Sejak sebelum jadi MB lagi. Anak dia ramai. Adik beradik pun ramai. Padan la dia pakai kereta besar tara itu. 

SPRM pun dah bagi tahu, tak ada apa-apa kesalahan pun dalam proses beli Belpaya itu. MB sebelum ini beli Volvo baru RM300 ribu hangpa tak hingaq pun. Masa itu, Mercedez KBV8 itu duduk elok lagi. Pergi beli pula kereta baru. Hangpa pi mana masa itu? 

MB sebelum ini duduk KL. Ulang alik mai Wisma Darul Aman naik kapal terbang, hampir setiap hari. Pagi terbang maiAlor Setar, petang terbang balik pergi KL. Banyak mana duit kerajaan habis masa itu. Hangpa pi mana waktu itu? Kenapa dulu senyap la ini bising? 

Jadi, apa isu yang sebenarnya? Tak lain tak bukan hanya semata-mata nak attack MB saja. Nak bunuh karakter MB. Buat live, menyumpah seranah maki hamun dengan macam-macam istilah, sebab nak bagi rakyat benci dekat MB. Itu sahaja. Depa geram tengok Kedah ini duduk makin elok makin baik. Tak puas hati sebab jadi makin berjaya. 

SADA makin pulih. Mula dapat untung. Bola boleh bayar hutang. Pasukan makin kuat. Menang lawan Perak, layak masuk piala AFC. Ahli Exco, pegawai-pegawai kerajaan negeri dan federal makin ligat bekerja. Pelabur makin duduk mai. Orang kaya makin ramai mai tabur jasa. Orang miskin dapat tumpang berteduh. 

Inilah punca depa duduk serang MB siang malam. Depa duduk pelingkup, tiba-tiba tengok Kedah makin elok makin berjaya. 

Lagi banyak depa pelingkup, lagi kita pulun buat kerja. Lagi banyak depa maki, lagi rakyat sayang dekat kita. Lagi banyak depa duduk bagi pecah bagi berselerak, lagi kita duduk susun bagi elok bagi jadi satu. 

Depa koi duduk lemah. Kita koi duduk kuat. Itu saja puncanya. 

Sekian. 

AFNAN HAMIMI
Wisma Darul Aman – HARAKAHDAILY 21/10/2020

- Advertisement -