Isu pendekatan ajaran Prof Dr Wan Maseri

BERIKUTAN tersebarnya berita di media sosial dan banyak persoalan di bangkitkan berkaitan pendekatan ajaran Prof Dr Wan Maseri Wan Ahmad yang dikaitkan dan cuba dipalitkan oleh pihak tertentu dengan PAS, berikut adalah respon kami:

Advertisement
  1. Beliau telah meletakkan semua jawatannya di dalam PAS awal tahun 2019 lagi.
  2. Berhubung dengan ajarannya, beliau tidak pernah membawa pendekatan ajarannya di dalam organisasi PAS.
  3. Beliau dipilih sebagai calon PRU 14 adalah kerana kapasiti beliau sebagai ahli dan jawatankuasa Muslimat PAS Kuantan, ketika itu isu ajaran beliau belum tercetus.
  4. Semua ajaran beliau bukan silibus kepada program tarbiyah PAS kerana PAS telah pun mempunyai silibus sendiri yang telah disusun oleh Dewan Ulama dan Lajnah Tarbiyyah PAS dan PAS tidak pernah mengiktiraf pendekatan ajaran beliau sebagai modul sistem tarbiyyah PAS.
  5. Selama ini beliau bergerak menyebarkan pendekatan ajarannya secara individu bukan melalui jawatannya di dalam PAS dan juga bukan sebagai program parti.
  6. PAS menghormati semua warta yang telah dikeluarkan oleh majlis atau institusi fatwa negeri-negeri yang berkaitan pendekatan ajaran tersebut.
  7. Namun PAS Pahang tetap mengucapkan terima kasih kepada beliau di atas pengorbanan beliau untuk membantu perjuangan PAS selama ini termasuklah kesediaan beliau untuk menjadi calon PAS pada PRU-14 baru-baru ini.

Semoga kita semua sentiasa di dalam pemeliharaan Allah S.W.T sentiasa berada di laluan petunjuk Allah swt kerana tiadalah sebaik-baik pemberi petunjuk melainkan Allah S.W.T

Terima kasih.

YB USTAZ ROSLI ABDUL JABAR
Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang – HARAKAHDAILY 20/10/2020