Tanpa PKP rakyat perlu patuh SOP

- Advertisement -

KANGAR: Orang ramai terutamanya yang tinggal di kawasan wabak Covid-19 perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengekang penularan pandemik tersebut.

Pesuruhajaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, pematuhan secara kendiri perlu dilakukan memandangkan kerajaan kini melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

- Advertisement -

“Walaupun kerajaan tidak bercadang untuk menguatkuasa semula PKP (seperti pada 18 Mac) tetapi rakyat dinasihat terus mematuhi SOP supaya wabak dapat dibendung.

“PAS Perlis menzahirkan perasaan dukacita di atas penularan wabak terutamanya di Kedah yang mengalami penambahan kes mendadak semalam,” katanya di sini.

Semalam pada perutusan khas mengenai situasi semasa Covid-19 Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu kerajaan tidak bercadang melaksanakan PKP di seluruh negara seperti sebelum ini.

Sebaliknya kata beliau kerajaan memenggunakan kaedah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Bersasar.

Mohd Shukri yang juga Adun Sanglang mengajak orang ramai bermunajat kepada Allah supaya diangkat wabak tersebut yang kini menular di seluruh dunia. – HARAKAHDAILY 7/10/2020

- Advertisement -