Perkeso nasihat usah guna ‘orang tengah’

- Advertisement -

BACHOK: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menasihatkan bakal pencarum tidak menggunakan ‘orang tengah’ ketika menyemak sama ada mereka layak mencarum atau sebaliknya.

Timbalan Pengarah Perkeso Kelantan Wan Izani Wan Isa berkata, bakal pencarum sewajarnya hadir sendiri ke Pejabat Perkeso untuk mengetahui adakah mereka layak berbuat demikian.

- Advertisement -

“Kadang-kadang orang tengah ada yang tidak jujur, malah mereka melakukan sesuatu kerana kepentingan diri,” katanya selepas menyampaikan cek Faedah Pengurusan Mayat (FPM) kepada balu mangsa lemas di Kampung Wakaf Aik, dekat sini semalam.

Hadir sama Adun Tawang Dato’ Hassan Mohamood dan petugas Pusat Khidmat Adun Tawang. Sumbangan itu diterima Nik Nur Suhadaa Zuki, 26.

Pada kejadian 21 September lepas allahyarham Muhamad Munzir Mustapha, 28 mati lemas setelah terjatuh ketika mencari kepah di kawasan beting Kuala Jubakar Pantai Tumpat.

Wan Izani juga berkata, Perkeso menyediakan kaunter khas dengan pegawai yang berkelayakan bersedia membantu bakal pencarum. – HARAKAHDAILY 7/10/2020

- Advertisement -