Bekas ahli PAN Kluang rasmi sertai PAS

- Advertisement -

KLUANG: PAS Kawasan Kluang telah mengadakan penyerahan sijil keahlian baharu kepada bekas ahli PAN yang telah menyerahkan borang beberapa bulan lalu pada majlis di Balai Islam Haji Omar Jani, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Penerimaan itu diketuai Zulkifly Abdul Hamid yang pernah diberikan tanggungjawab sebagai Ketua Penaja PAN Cawangan Bandar Kluang dan pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Kluang (MPK) bagi sesi lalu.

Di dalam ucapannya, beliau mewakili ahli-ahli baharu khususnya daripada PAN, merasa bersyukur dan berterima kasih di atas kesediaan PAS menerima mereka sebagai ahli dan berjanji akan membantu menggerakkan PAS di dalam masyarakat.

“PAS perlu banyakkan program bersama masyarakat khususnya program kebajikan kerana ianya mudah untuk mendekati masyarakat,” kata beliau.

Beliau turut melihat bahawa PAS adalah sebuah parti yang memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air serta perjuangan ini selari dengan hasrat beliau dan rakan-rakan yang lain.

Yang DiPertua PAS Kluang, Khairul Faizi Ahmad Kamil di dalam ucapannya mengalu-alukan kemasukkan ahli-ahli baharu ke dalam PAS dan mengharapkan komitmen daripada mereka pada masa akan datang.

“PAS adalah sebuah gerakan Islam yang berjuang untuk menegakkan Islam di negara ini. Selagi mana PAS berpegang pada dasar perjuangannya maka selagi itu PAS akan terus segar di dalam masyarakat,” ujarnya.

Khairul Faizi turut mengumumkan bahawa enam Cawangan baharu (penaja) telah ditubuhkan iaitu Cawangan Taman Desa, Cawangan Jalan Padang Tembak, Cawangan Taman Permata, Cawangan Taman Delima dan Cawangan Yap Tau Sah.

Turut hadir pada majlis malam ini adalah Naib Yang DiPertua PAS Kluang, Ustaz Muhammad Aliffudin Ramlee, serta Jawatankuasa Harian PAS kawasan Kluang. – HARAKAHDAILY 27/8/2020

- Advertisement -