Berjuang bukan untuk agenda peribadi

- Advertisement -

ADA pengulas politik yang berkata selagi anaknya Mukhriz tidak diposisikan ke jawatan tertinggi negara selagi itulah Tun Dr Mahathir akan terus bertarung dalam gelanggang politik walau usia semakin Maghrib dan populariti pun semakin pudar. Demikianlah bersungguh pengorbanan seorang ayah. 

Masalahnya perjuangan politik bukannya perjuangan peribadi bukan untuk kepentingan anak-beranak kaum keluarga tetapi perjuangan untuk membela dan mempertahankan nasib rakyat dan kedaulatan negara.

Di saat parti-parti politik Melayu dalam negara sedang bersepakat dan bermuafakat bagi membentuk kekuatan politik baru demi masa depan ummah dan negara Tun menongkah arus mahu berjuang untuk agenda peribadinya.

- Advertisement -

Terbaru beliau menulis: 

Jika ingin tebus maruah.
Jika ingin kekal hak kita.
Pilih parti kami.
Pilih PEJUANG.

Setelah tersingkir keluar dari parti BERSATU dan bertelagah pula dengan Anwar Ibrahim dan PKR rupanya Tun mahu terus bersilat dengan menubuh parti baru pula.

Menonjolkan diri dan puaknya sebagai kononnya bersih Tun menuduh pihak lain korap  dan menghancurkan orang Melayu, benarkah begitu?

Sedang baru beberapa hari di Dewan Rakyat Menteri Undang-undang Dato’ Takiyuddin Hassan mendedahkan betapa Tun semasa Perdana Menteri (PM) dahulu pernah campur tangan satu kes SPRM melibatkan penggubahan wang haram.

Telah didedahkan bahawa Tun pernah mengarahkan SPRM agar membatalkan pembekuan aset milik taikun Tan Sri Lim Soon Peng yang ketika itu sedang disiasat.

Arahan itu Dewan Rakyat diberitahu dicatat oleh Tun atas surat dari peguam Lim ke SPRM. Bersihkah kalau begitu? Bela orang Melayukah tindakan Tun itu?

Perjuangan Tun sesungguhnya semata-mata atas agenda peribadi tiada menguntungkan langsung umat Melayu apatah lagi negara.

Cukuplah umat Melayu bertelagah dan bersengketa sesama sendiri yang akhirnya merugikan semua. Bersatu dan berpadulah kita lantas jadi ummah yang dikasihi Allah S.W.T.

Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya: 

“ Orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang paling suka bermusuhan”.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 13/8/2020

- Advertisement -