Cuba ragukan rakyat terhadap wibawa kerajaan

- Advertisement -

SEDANG rakyat jelata berdiri teguh di belakang Kerajaan untuk menghadapi bersama ancaman COVID-19 rupanya masih ada yang menangguk di air keruh, bermain politik dan cuba mencampakkan keraguan di dada rakyat mengenai kewibawaan Kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin. Manusia jenis apakah ini?

- Advertisement -

Bekas Penasihat Media PM ke-7, Kadir Jasin dalam blognya mendakwa Muhyiddin sedang mengambil kesempatan dari suasana semasa untuk memperkukuhkan kedudukan politiknya. Kononnya COVID-19 dan keadaan ekonomi menjadi alasan untuk tangguhkan sidang Parlimen semata-mata kerana Muhyiddin mahu kukuhkan sokongan padanya sebagai PM, PM lantik Kabinet yang besar semata-mata bagi tujuan yang sama dan memecat lantikan politik PH dalam GLC untuk beri ganjaran pada orang-orangnya.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kononnya satu kesempatan untuk Muhyiddin mengukuhkan kedudukannya dalam parti BERSATU setelah segala aktiviti dan himpunan parti dilarang.

Kalau pun kecewa kerana hilang kuasa dan jawatan kerana terlalu taksub pada PM7 dan PH janganlah sampai membikin onar dan mengadu domba di saat negara sedang berhadapan dengan peperangan besar ini.

Selaku warga veteran jadilah resmi padi makin berisi makin tunduk. Gunakan ilmu dan pengalaman untuk membantu membina negara. Jangan semakin tua semakin galak, malu kepada anak-anak bangsa.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 13/4/2020

- Advertisement -