Kerajaan sedia pakej bantuan untuk semua

- Advertisement -

KERAJAAN Terengganu sudah umumkan fasa ke-4 pakej bagi membantu rakyat Terengganu yang dalam kesusahan berikutan wabak COVID-19.

Pengerusi PAN Terengganu pula semalam pada 25 haribulan, tanya Kerajaan Terengganu. Katanya Sarawak dah belanja RM1.5 bilion, Terengganu pula bila mahu bantu rakyat?

Adakah anda marah dengan soalan ini? Tak, tak perlu marah dan bengang. Soalan ini saya rasa jelas menunjukkan beliau mentaati suruhan kerajaan untuk duduk di rumah.

Maka mungkin beliau telah terputus internet beberapa hari, modem rosak ke apa, tetapi beliau tetap juga tidak keluar rumah mencari prepaid kerana kepatuhan kepada arahan kerajaan ini.

- Advertisement -

Dan apabila beliau mendapat semula sambungan internet, terus beliau bertanya masalah rakyat kepada Kerajaan Terengganu. Ini semua terjadi secara spontan mungkin, atas dasar beliau amat-amat menyayangi rakyat Terengganu, beberapa hari beliau memikirkan nasib rakyat.

Nanti saya rasa, beliau akan jelaskan kepada rakyat akan perkara ini dalam kempen penerangan Jelajah Hilux beliau sebaik sahaja Kawalan Pergerakan ditarik balik. Nantikan kemunculan beliau.

Sementara itu, ramai mungkin tertanya-tanya bila agaknya Timbalan Menteri PH-Dulu yang juga Peguam PAS-Dulu akan terkena bala? Tak perlu doakan, dah terkena dah pun sekarang ini. Nampak tak?

Jadi ada lebih baik Kerajaan Terengganu atau Pusat turut menyediakan pakej bagi spesis si gila. Yang gila berpolitik di tengah-tengah wabak yang menggila ini.

MOHD NASIR ABDULLAH
26 Mac 2020 – HARAKAHDAILY 26/3/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -