Ponggal: Tak perlu kecil hati, kekalkan toleransi

- Advertisement -

MENGANDUNGI ritual-riual persembahan kepada dewa-dewa.

Kebebasan beragama terjamin di dalam Perlembagaan Negara bahawa penganut agama Hindu bebas mengamalkannya secara aman dan damai . Bagi umat Islam, upacara-upacara yang mengandungi unsur mempersembahkan sesuatu kepada dewa-dewa adalah bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Sebagai perbandingan, perayaan Aidiladha adalah perayaan yang besar di dalam Islam namun bagi penganut Hindu ia bertentangan dengan ajaran mereka.

- Advertisement -

Umat Islam sudah tentu tidak berasa kecil hati jika sami-sami Hindu melarang penganutnya untuk tidak turut serta di dalam sambutan Aidiladha kerana umat Islam sangat memahaminya. Kita sudah hidup puluhan tahun di negara ini dengan aman damai berbilang agama dan kaum.

Begitulah sebaliknya, ulamak Islam berhak untuk melarang umat Islam terlibat dalam ritual-ritual agama lain yang bertentangan dengan agama Islam lebih-lebih lagi yang melibatkan perkara aqidah. Penganut agama lain pun tidak sepatutnya kecil hati dan menjadikannya sebagai isu.

Kekalkan resepi toleransi hidup beragama dengan menjadikan Perlembagaan Negara sebagai panduan. Bagi umat Islam, panduan kita yang paling utama ialah ayat 6 surah al kafirun.

SS DATO’ HJ ZAMRI HASHIM
Timbalan Mufti Perak
Pengerusi Majlis Ulamak MUIS – HARAKAHDAILY 17/1/2020

- Advertisement -