Banjir: Utamakan keselamatan, kebajikan

- Advertisement -

PAS menyeru pihak Kerajaan, agensi penyelamat dan semua penduduk yang terjejas dengan bencana banjir supaya mengambil langkah keselamatan dan berwaspada bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

- Advertisement -

Patuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh pihak keselamatan dari masa ke masa bagi mempermudahkan urusan pemindahan mangsa banjir, menyelamat dan seumpamanya.

PAS telah mengerahkan seluruh anggota dan agensi berkaitan seperti Lajnah Kebajikan, Jabatan AMAL, Briged Muslimat dan NGO untuk membantu mangsa banjir melalui KHIDMAT MALAYSIA bagi menyelaras bantuan bencana di seluruh negara.

PAS turut mengajak semua pihak untuk segera menghulurkan bantuan kebajikan kepada mangsa banjir, sebagai tanda prihatin terhadap musibah yang menimpa.

DATO SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 4 Rabiul Akhir 1441 / 2 Disember 2019 – HARAKAHDAILY 2/11/2019

- Advertisement -