Kaedah fertigasi jana hasil tani berganda

- Advertisement -

KUALA KRAU: Adun Jengka, Ustaz Shahril Azman Abd Halim al-Hafiz telah mengadakan lawatan ke Syarikat Shimana Agro Tech berhampiran Taman Desa Jaya, Bandar Jengka, di sini semalam.

- Advertisement -

Projek pertanian di atas tanah Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri ini diusahakan oleh pemilik, Abdul Hafidz Khairul Anuar bersama rakan kongsinya, Abd Talib Mat Yusof.

Syarikat ini menggunakan kaedah tanaman kontan di mana cara moden ini menggunakan tenaga minimum tetapi memberi hasil pulangan lumayan berbanding tanaman biasa kaedah konvensional.

Dengan keluasan tanah suku ekar, ia boleh menghasilkan pendapatan sekitar RM15,000 sebulan di mana syarikat turut menyediakan bimbingan teknikal dan pemasaran produk.

Ustaz Shahril Azman berharap agar usaha ini dicontohi dan dapat memberi peluang pekerjaan kepada para belia serta diberi perhatian oleh agensi berkaitan untuk membantu mereka yang berminat. – HARAKAHDAILY 9/10/2019

- Advertisement -