Mangsa nahas helikopter TLDM, ibu murid PASTI Lumut

Kemalangan dua buah helikopter TLDM di stadium TLDM Lumut, Perak yang telah mengorbankan nyawa 10 nyawa pada hari ini, 23 April 2024.
- Advertisement -

LUMUT: Seorang mangsa nahas helikopter yang melibatkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berlaku di Lumut pagi tadi adalah salah seorang ibu kepada murid Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Lumut.

Terdahulu, 10 anggota TLDM terkorban selepas dua helikopter berlanggar sebelum terhempas ketika membuat raptai di Pangkalan TLDM.

- Advertisement -

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak, Nurhafizul Badrul Hisham yang memuat naik status di platform Facebook memaklumkan bahawa salah seorang mangsa adalah ibu kepada murid PASTI Lumut selepas insiden ini diberitakan.

Beliau juga sempat merakamkan takziah kepada keluarga Al-Marhumah Noor Rahiza Anuar atas berita yang mendukacitakan seluruh rakyat Malaysia.

“Hari ini kita dikejutkan dengan berita kemalangan dua buah helikopter TLDM di stadium TLDM Lumut yang telah mengorbankan nyawa 10 orang wira kita.”

“Lebih mendukacitakan lagi, turut terlibat dalam kemalangan tersebut ialah Puan Noor Rahiza Anuar yang merupakan ibu kepada adik Nur Qistina Afia M. Azinor, murid dari PASTI Al-Hijrah, Lumut,” kata beliau.

Sehubungan itu, Jabatan PASTI Negeri Perak merakamkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga yang terlibat.

“Semoga diberikan kekuatan serta ketinggian kesabaran kepada ahli keluarga semua yang terlibat atas ujian berat ini. Kita doakan agar mereka di tempatkan sebaik-baik tempat kembali di sisi Allah SWT. Al-Fatihah,” katanya. – HARAKAHDAILY 23/4/2024

- Advertisement -