Trump goyah hadapi catur hukum geografis

- Advertisement -

ANCAMAN bunuh terhadap Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dari Tehran memaksa beliau menukar pesawat Air Force One, kerana jet baharu yang dihadiahkan oleh Qatar Jet Boeing 747 dilaporkan tidak dilengkapi sistem pengesanan peluru berpandu waktu
meninggalkan sidang puncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di Turkiye atas realiti keselamatan tahap serius, sementara yang lain menganggap ia sebahagian daripada perang psikologi.

- Advertisement -

Maklumat perisikan Israel telah berkongsi laporan dengan AS berhubung plot pembunuhan Trump apabila Tehran telah berikrar untuk membalas dendam terhadap pembunuhan pemimpin tertinggi Ayatollah Ali Khamenei dengan membawa sepanduk
mengancam nyawa beliau.

Sayyid Mojtaba Khamenei, merupakan anakanda, pengganti yang mewarisi perjuangan kebebasan sebahagian dari misi jihad. Pemimpin tertinggi Iran itu mengujarkan bahawa kemahuan rakyatnya akan ditunaikan atas kematian almarhum pemimpin agung yang berusia
86 tahun dalam serangan tentera udara Israel dan AS pada 28 Februari lalu.

Dalam sebuah pidato, Sayyid Mojtaba mengatakan bahawa pemimpin yang syahid menjadi korban dan tidak tidak bersalah. Mereka juga tertindas tidak pernah gentar namun berbangga misi Ilahi sebagai hamba Allah yang soleh bersama-sama jutaan rakyat Iran berhimpun
memberi penghormatan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada jenazah Almarhum Ali Khamenei dengan mata yang berlinang air dan hati yang leluhur.

Jenazah Almarhum Ayatollah Ali Khamenei telah dibawa untuk penghormatan terakhir di Tehran dan Iraq sebelum selamat dikebumikan di makam Imam Reza, Mashhad, pada awal Julai 2026. Kemangkatan beliau menandakan garis merah Republik Islam telah hilang tokoh selama tiga dekad sebagai kompas kuasa tertinggi dalam ketenteraan, ideologi dan politik Iran. Malahan kuasanya merentas badan kehakiman dan dasar diplomatik termasuk keputusan presiden mahupun parlimen.

Kalimat melestarikan ajaran Ayatollah Ali Khamenei sebagai suatu tanggungjawab dan beliau berjanji akan berdiri teguh serta berkiblat ke jalan yang lurus malah tidak takut pada ancaman kerana panduan ditinggalkan almarhum untuk menegakkan panji dan dan janji-janji Ilahi sudah digarap bersama masyarakat awam.

Langkah Iran mengubah strategi perang dalam konflik di antara AS dan Iran yang kembali memanas dipetik laporan The Telegraph dalam menghadapi musuh terutama AS yang tidak lagi terarah pada rudal dan drone semata-mata seperti menggempur pangkalan tentera AS di
Kuwait dan Bahrain tetapi memaksimun posisi geografisnya untuk menekan kepentingan AS dan sekutunya.

Strategi perang yang dihitung afektif dan ekonomis, iaitu menutup total Selat Hormuz sekali gus mengganggu jalur distribusi minyak dunia dengan menyerang kapal tanker, memasang ranjau laut, hingga menargetkan fasilitas energi di kawasan Teluk. Selanjutnya memperluas tekanan ke Selat Bab el-Mandeb dengan memanfaatkan kelompok Houthi di Yaman untuk mengganggu jalur perdagangan dan distribusi energi internasional.

Tambahan strategi signifikan pascaperang yang berlanjutan meningkatkan biaya perang bagi AS kerana operasi ketenteraan Washington memakan biaya besar dan risiko berbahaya pada AS. Di samping itu Teheran mahu melumpuhkan pihak musuh sama ada AS atau Israel dikesan tidak mampu merangka bentuk serangan balas dari Iran.

Iran tetap memperkuat kemampuan militer dengan mengembangkan rudal balistik, rudal hipersonik, dron tempur dan membangun kembali sistem pertahanan udaranya serta meluaskan aset militernya ke pelosok lokasi kerana pengajaran “peraturan antarabangsa” versi
Washington setelah Iran akur bertahun-tahun membuka pintu kepada pemeriksa IAEA di bawah JCPOA tetapi Iran tetap dibom atas propaganda Israel dan AS bahawa Iran membangunkan senjata nuklear.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmail Baghaei menegaskan bahawa Tehran tidak akan membenarkan IAEA (International Atomic Energy Agency) memeriksa tapak nuklear yang rosak akibat serangan AS dan Israel. Iran turut mendakwa Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2231 secara praktikalnya sudah kehilangan kesahan undang-undang kerana AS khusus Donald Trump membunuh perjanjian itu secara sepihak.

Iran masih meneruskan kerjasama dengan badan nuklear tersebut tetapi prasyarat tetap mempertahankan kedaulatannya bukan “kerjasama” versi Washington yang menuntut pintu terbuka tetapi mengambil nota untuk diserah kepada sekutu AS semata-mata menentukan sasaran koordinat.

Apalagi Israel bukan anggota NPT (Nuclear Non-Proliferation Treaty) kerana Israel tidak membuka kemudahan nuklearnya kepada pemeriksaan IAEA seperti Iran. Israel tidak dikenakan sekatan atau dibom kerana program nuklearnya. Sebaliknya Iran ulang kali
diperiksa, dipantau, disekat, dituduh dan akhirnya dibom. Kemudian mereka menunding keras atas keraguan Tehran yang tidak lagi mempercayai sistem tersebut.

Pemerhatian media antarabangsa dikesan gelombang serangan peluru berpandu balistik dan dron Iran secara besar-besaran terhadap tapak tentera AS dan sekutunya di seluruh Teluk, sebagai tindak balas terhadap serangan AS ke atas wilayahnya kembali pecah. Iran dilaporkan melepaskan 12 peluru berpandu balistik ke arah Pangkalan Udara Muwaffaq Salti, dipercayai menempatkan jet pejuang F-35 milik AS menyebabkan sistem pertahanan udara Jordan telah diaktifkan termasuk pusat arahan dan kawalan AS serta depoh dan kemudahan bahan api turut musnah.

Manakala di Bahrain, siren telah dibunyikan, dipetik Berita Fars melaporkan kejadian letupan berhampiran fasilitas tentera Amerika kemungkinan menyasarkan ibu pejabat Armada Kelima AS. Malah letupan berlaku ketika peluru berpandu Iran menyasarkan tapak tentera dan antena komunikasi satelit di Qatar dimusnahkan. Sistem peluru berpandu Patriot di Kuwait dimusnahkan termasuk di Qatar, iaitu pusat penyelenggaraan dan pembaikan jet pejuang AS rosak total.

Kementerian Pertahanan UAE (Emiriah Arab Bersatu) pula menyatakan bahawa pertahanan udara UAE sedang memintas peluru berpandu balistik dan dron menyebabkan letupan di seluruh Dubai dan Abu Dhabi, dalam tempoh lebih dua bulan dan pangkalan udara Al Dafra
telah musnah.

Sementara Donald Trump mengeluarkan satu kenyataan yang sinis dan angkuh bahawa mereka telah menghancurkan Iran dan menuduh Iran terdesak inginkan perdamaian sambil berjenaka bahawa AS memberi rakyat Iran bercuti seminggu untuk urusan pengebumian Ayatollah Ali Khamenei yang dihadiri jutaan rakyat Iran berkabung di jalanan.

Minda massa menyeru dunia bahawa Amerika memegang baton suis sesebuah negara. Ini isyarat daripada Trump agar dunia mempercayai bahawa Washington sengaja memberi ruang kepada Tehran untuk menguruskan pengebumian pemimpin mereka atas dasar kebaikan dan
ihsannya.

Dalam kamus geopolitik antarabangsa perkataan “baik” atau “ihsan” itu tidak pernah wujud. Kuasa besar tidak pernah bertindak atas dasar belas kasihan. Setiap keputusan yang dibuat sama ada melancarkan roket atau menangguhkan serangan adalah bersandarkan perkiraan untung rugi dan risiko kemusnahan.

Walhal AS menggigil ketakutan untuk menekan picu senjata meski sebutir peluru berpandu ke arah Tehran pada waktu pengebumian berlangsung kerana mengundang risiko petaka korban geopolitik AS apalagi rakyat Iran mempunyai jiwa patriotisme dan jati diri tinggi terhadap pemimpin agung jauh lebih besar daripada profil seorang presiden biasa. Beliau merupakan simbol penyatuan serta politik tertinggi bagi Iran dan proksi di Timur Tengah.

Realitinya kenyataan “kami baik” daripada Trump itu hanya taktik licik penjarah memperbodoh orang awam untuk dilihat penguasa dominan dan ihsan dalam kalangan penyokongnya sebaliknya Pentagon tidak akan memberi lampu hijau untuk mencetuskan peperangan
berskala penuh secara melulu.

Oleh itu, biarpun media disajikan dengan naratif prokuasa besar sedangkan percaturan di belakang tabir dikawal oleh hukum geografi dan keseimbangan kuasa yang sentiasa memanipulasi negara lemah sebagai mangsa kuasa besar.

DR ZULKEFLEE YAACOB
Psikososio @ Penganalisis Antarabangsa – HARAKAHDAILY 13/7/2026

- Advertisement -