
BAKRI: Bekas calon dua kali di Simpang Jeram, Dr Mazri Yahya menzahirkan keyakinan beliau PAS akan menambah undi dalam PRN Johor kali ini berdasarkan beberapa perkara yang menyokong.
Antara faktor penguat ialah calon PN sendiri, Awang, seorang anak tempatan, mempunyai ramai kenalan dalam masyarakat, ditambah lagi beliau seorang usahawan dikenali yang dijangka akan memberikan manfaat banyak kepada penduduk setempat.
Faktor kedua ialah hilangnya kepercayaan rakyat terhadap PH yang dilihat gagal memenuhi janji-janji mereka setelah memenangi pilihan raya lalu dan ini bukan sahaja kepada pengundi Melayu Islam, malah pengundi-pengundi bukan Melayu Islam juga turut merasa kecewa dengan PH.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor ity percaya jika sesebuah parti itu sudah gagal melaksanakan janji-janji mereka kepada pengundi, tentu sahaja pengundi akan lari dan sukar untuk mengembalikan kepercayaan itu.
“Hal ini bukan sahaja berlaku di Johor, tetapi sudah merebak ke seluruh Malaysia dimana masyarakat bukan Melayu tidak dapat menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada PH seperti mana yang mereka berikan dalam PRU-15.
“Dan PRU15 ini kita kata peak lah untuk mereka menyokong PH (Pakatan Harapan) dan memang sudah optimumlah. Jadi sama ada PH akan dapat capai jumlah undi dalam PRU-15 itu sama atau ia akan berkurang.
“Jadi kita rasa ia akan berkurangan apabila pengundi melihat apa yang mereka pertaruhkan dahulu tidak menjadi kenyataan. Sama ada dia pergi ke parti-parti lain ataupun kemungkinan mereka akan boikot tidak mengundi,” terang beliau.
Kata beliau lagi yang turut membantu kempen calon PERIKATAN NASIONAL (Pn) DUN Simpang Jeram, Arshed Yahya, dalam politik, jika sesebuah parti itu gagal memperolehi kepercayaan pengundi, maka parti lain akan mendapat keuntungannya.
Menurut rekod undi kali pertama yang Dr Mazri perolehi pada PRU14 ialah sebanyak 2,136 sahaja kemudian calon PN, Ustaz Zarul Salleh menambah undi kepada 6,350 pada PRN15.
Sebelum kemudiannya Dr Mazri Yahya sekali lagi bertanding dalam PRK Simpang Jeram selepas kematian Sallehudin Ayub dengan undi PN menokok kepada 10,330 undi.
Melalui angka ini jelas kebenaran kata-kata beliau yang calon PN sekarang, Awang dalam keadaan yang sangat baik untuk memberikan cabaran kepada penyandang kerusi Simpang Jeram.
Ditanya mengenai kerjasama dengan parti-parti komponen PN termasuk BRRSATU, beliau menjelaskan segala arahan oleh Presiden PAS baru-baru ini untuk kerjasama dalam PN di PRN Johor ini dipatuhi dengan penuh ketaatan oleh semua jentera. – HARAKAHDAILY 5/7/2026










