DAP bimbang ‘0’ kerusi PRN Sabah berulang

Mula ‘menghasut’ pengundi Cina

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penganalisis politik, Roslan Shahir Mohd Shahir dan Low Lee Leong menyatakan bahawa, parti DAP kini dilihat menggerakkan strategi bagi memastikan pengundi tegar masyarakat Cina kekal memberi sokongan kepada parti itu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.

Mereka berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming dalam wawancara khas bersama Oriental Daily yang dipetik menyebut bahawa, jika masyarakat Cina tidak keluar mengundi, PAS akan membentuk kerajaan di Putrajaya.

- Advertisement -

Menurut mereka, DAP tidak mampu kehilangan walau sedikit sokongan kerana keadaan itu dikhuatiri memberi kelebihan kepada PAS atau parti-parti lain dalam persaingan politik.

“DAP tidak mampu kehilangan walau sedikit undi mereka kerana jika ia berlaku, pada jangkakan mereka PAS atau parti-parti lain akan meraih untung,” ujar mereka dalam media sosial.

Kedua-dua penganalisis itu turut menegaskan, DAP bimbang senario seperti PRN Sabah berulang apabila parti berkenaan dikatakan gagal memperoleh sebarang kerusi akibat penurunan atau ketidakhadiran keluar mengundi dalam kalangan pengundi Cina.

“DAP cukup bimbang keadaan di PRN Sabah berulang, bilamana mereka ‘bungkus’ dengan ‘0’ kerusi kerana larinya atau tidak keluar mengundi, pengundi-pengundi Cina,” jelas mereka.

Dalam pada itu, mereka menggariskan bahawa wujud usaha menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengundi Cina menjelang pilihan raya.

Sehubungan itu, kedua-dua penganalisis berkenaan mengutarakan persoalan terhadap pendekatan itu yang disifatkan mewujudkan kebimbangan dalam kalangan pengundi.

Mereka turut menegaskan bahawa PAS merupakan parti politik yang sah dan telah lama berdaftar dalam negara, selain menolak gambaran bahawa parti itu ancaman kepada rakyat. 

“Sejak bilakah PAS selaku sebuah parti politik sah dan berdaftar dalam negara (berusia lebih 70 tahun) menjadi satu ancaman pada rakyat?” soal mereka.

Menurut Roslan Shahir dan Lee Leong, politik wajar digerakkan secara matang dengan memberi penekanan kepada perbandingan pencapaian serta rekod setiap parti tanpa tekanan atau pengaruh berbentuk hasutan.

“Berpolitiklah secara matang dan berhemah. Lawan pencapaian dengan pencapaian. Rekod dengan rekod.
 
“Biarkan rakyat Malaysia tidak kira Melayu, Cina atau India, mengadilinya dan membuat keputusan dengan bebas tanpa perlu dipaksa atau dihasut. DAP wajar ditolak rakyat,” katanya. – HARAKAHDAILY 26/6/2026

- Advertisement -