Iran umumkan pengebumian besar-besaran rasmi Khamenei

- Advertisement -

TEHRAN: Kerajaan Iran mengumumkan perancangan untuk tiga hari upacara perpisahan dan perarakan pengebumian rasmi selama 24 jam untuk Almarhum Pemimpin Revolusi Islam Ayatollah Seyed Ali Khamenei, yang mati syahid pada 28 Februari lepas, iaitu hari pertama perang pencerobohan AS-Israel terhadap Iran.

- Advertisement -

Mohammad Amin Tavakolizadeh, Timbalan Datuk Bbandar Tehran untuk Hal Ehwal Budaya dan Sosial, Mohammad Amin Tavakolizadeh berkata persediaan utama untuk upacara berkenaaam sedang dimuktamadkan dengan penyertaan institusi kebangsaan dan majlis perbandaran di seluruh negara.

Beliau menyatakan bahawa lokasi upacara berkenaan masih belum dimuktamadkan, namun akan dipilih antara Musalla Tehran (Dewan Solat Besar) dan makam pengasas Republik Islam, Imam Khomeini.

Menurutnya, perarakan pengebumian di Tehran dijangka berlangsung sekurang-kurangnya selama 24 jam; dan selepas itu, jenazah Almarhum akan dipindahkan ke kota suci Qom dan kemudian ke Mashhad untuk upacara serupa.

“Berdasarkan cadangan yang dibuat oleh pihak berkuasa yang berkaitan, tapak pengebumian terakhir Ayatollah Seyed Ali Khamenei akan menjadi makam suci Imam Reza (AS) di bandar timur laut Mashhad,” katanya, lapor agensi berita Iran.
.
Beliau juga menjelaskan bahawa memandangkan lokasi geografi Mashhad, dijangkakan bandar itu akan menjadi tuan rumah kepada sejumlah besar jemaah asing, terutamanya dari Pakistan, Afghanistan, India, Bangladesh, dan wilayah Kashmir.

“Organisasi Astan Quds Razavi dan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) di Wilayah Khorasan Razavi telah menyediakan pengaturan khas untuk menjadi tuan rumah kepada jemaah dan menjalankan upacara pengebumian,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/6/2026

- Advertisement -