Anak muda bukan sekadar pewaris perjuangan

- Advertisement -

KUANTAN: “Anak muda bukan sekadar pewaris perjuangan, tetapi penggerak masa depan ummah dan negara,” kata Ketua Pemuda PAS Kawasan Paya Besar, Ayub Ashri.

- Advertisement -

Beliau menyatakan demikian susulan Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Paya Besar ke-31 yang diadakan di Darus Salam, Permatang Badak, malam tadi.

Katanya, mesyuarat itu menghimpunkan saf kepimpinan dan anak muda dalam demi memperkukuhkan gerak kerja, menyusun langkah perjuangan dan mempererat ukhuwah.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin Md Fauzi yang merasmikan mesyuarat tersebut.

Menurutnya, kehadiran dan amanat yang disampaikan Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin yang juga ADUN Sura, Terengganu itu pastinya menjadi pembakar semangat buat seluruh jentera pemuda.

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua PAS kawasan merangkap ADUN Panching, Ustaz Mohd Tarmizi atas sokongan, bimbingan dan komitmen yang sentiasa diberikan dalam memperkasa gerakan anak muda di kawasan itu.

“Tidak lupa juga penghargaan buat para pemerhati kawasan, timbalan pengerusi tetap serta seluruh jawatankuasa pelaksana yang bertungkus-lumus memastikan perjalanan mesyuarat berlangsung dengan lancar dan penuh tertib,” ujarnya menerusi satu hantaran di laman sosialnya.

Ayub turut mengucapkan terima kasih kepada semua perwakilan, tetamu serta para hadirin yang hadir memeriahkan mesyuarat tersebut.

“Semoga segala pengorbanan, masa dan tenaga yang dicurahkan diberkati Allah serta menjadi asbab kemenangan Islam pada masa akan datang.

“Pemuda hari ini adalah pemimpin masa depan,” ujarnya yang juga ADUN Sungai Lembing. – HARAKAHDAILY 17/5/2026

- Advertisement -