
TERLIHAT ada pertembungan secara terbuka antara PMX dengan sekurang-kurangnya 4 Raja-raja Melayu.
Pertembungan dua institusi tertinggi negara. Raja-raja Melayu dan Perdana Menteri.
Pertembungan antara institusi yang mewakili Adat, Istiadat, budaya dan jati diri bangsa Melayu dengan institusi yang mewakili ideologi dan sistem sekular warisan dari para penjajah.
Tak kisahlah apa pun isunya, secara amalan dan tradisi sejak zaman penjajahan dan pasca kemerdekaan, Institusi Raja-raja Melayu yang mewakili jati diri bangsa Melayu pasti kalah.
Begitulah hebatnya ideologi dan sistem sekular yang diwariskan oleh para penjajah dari Barat.
Dan begitulah hinanya realiti bangsa Melayu dalam tempoh masa selama 500 tahun ini.
Biarpun para penjajah sudah tidak ada lagi di Tanah Air kita ini, namun ideologi dan sistem yang menjadi warisan mereka tetap teguh dipertahankan oleh para pemuja dan pentaksub mereka.
Cukup mengecewakan saya sebagai orang Melayu apabila Raja-raja Melayu sekadar dijadikan buah catur dalam percaturan politik para elit politik bangsa Melayu.
Mereka hanya digunakan bila perlu dan bila ada keuntungan di pihak mereka sahaja.
Apabila ada Titah Tuanku yang tidak seiringan dengan kepentingan mereka maka Titah tersebut akan dihina dengan sesuka hati mereka.
Anwar Ibrahim adalah contoh elit politik masa kini yang tidak sedar diri kerana sedang mabuk kuasa.
Beliau adalah seorang penjenayah. Beliau dibebaskan setelah mendapat pengampunan dari YDPA.
Setelah dibebaskan, beliau bertanding dan menjadi Ahli Parlimen Malaysia mewakili kawasan Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan.
Kemudian setelah PRU15, beliau berjaya menjadi PM Malaysia dan berjaya menubuhkan Kerajaan Perpaduan juga kerana budi bicara dan Titah dari YDPA.
Namun setelah menjadi PM Malaysia saksikanlah sendiri bagaimana sikap beliau dan para penyokong beliau terhadap Istana?
Sampai bila perkara seperti ini akan dibiarkan tanpa sebarang tindakan dan hukuman dari pihak penguatkuasa undang-undang?
Apa yang menghairankan saya, tidak ada pula dalam Perlembagaan Persekutuan yang mewajibkan rakyat Malaysia untuk menganut atau berpegang dengan ideologi Sekularisme.
Perkara-perkara asas dalam Perlembagaan Persekutuan adalah seperti, Sumpah YDPA, Agama Islam, Bangsa Melayu (bahasa, adat dan budaya serta hak-hak istimewa Melayu/Bumiputra, Raja-raja Melayu dan Keistimewaannya.
Tidak ada sekular, demokrasi atau kapitalisme pun dalam mana-mana bahagian pada Perlembagaan Persekutuan.
Jadi soalannya, sampai bila rakyat Malaysia perlu dipaksa untuk menganut dan mengamalkan sesuatu yang tidak ada dalam Perlembagaan Persekutuan pun?
Ideologi Sekularisme ini baru muncul sekitar 300 tahun sahaja. Dan sehingga ke hari ini, sudah terbukti tidak mampu membina peradaban.
Ia hanya melahirkan golongan yang hanya ganas dan serakah. Hanya tahu merompak, menyamun, mencuri, mencabul dan merampas hak orang lain.
Jadi, apalah sangat ideologi dan sistem sekular ini kalau nak dibandingkan dengan Adat dan Warisan dari para leluhur kita.
Jauh panggang dari api !
Cukup-cukuplah jadi bangsa yang haprak dan merempat di negara sendiri. Kembali kepada ajaran dan warisan para leluhur.
Sekian, terima kasih.
PROF DATO’ DR RAMALAN YUNUS
Promoter Agenda Reset Malaysia/Nusantara – HARAKAHDAILY 12/5/2026
Sumber asal: https://www.facebook.com/share/p/1DrxYLSVSk/
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.











