
TEHRAN: Iran berkata ia ‘tidak akan pernah tunduk’ susulan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menolak cadangan balas Iran untuk menamatkan perang 10 minggu di Timur Tengah.
Trump, menurut laporan Reuters, menyifatkan cadangan balas Iran sebagai ‘tidak boleh diterima sama sekali,’ sementara ikrar Tehran tersebut dijangka memanjangkan kebuntuan yang telah menimbulkan konflik ekonomi Selat Hormuz dan menggegarkan pasaran tenaga minyak global.
“Saya baru sahaja membaca respons daripada apa yang dipanggil ‘wakil’ Iran. Saya tidak menyukainya; sama sekali tidak boleh diterima,” kata Trump dalam catatan di laman Truth Social pada Ahad.
Sementara media kerajaan Iran membingkai respon Tehran sebagai penolakan terhadap cadangan AS yang disifatkannya sebagai tuntutan untuk ‘menyerah diri’.
Dalam responnya terhadap cadangan AS terkini, Tehran telah menegaskan pampasan perang, kedaulatan penuh ke atas Selat Hormuz, pengakhiran sekatan, dan pembebasan aset Iran yang dibekukan.
Presiden Iran Masoud Pezeshkian mengeluarkan nada yang menentang ketika rundingan diteruskan pada Ahad.
“Kami tidak akan sesekali menundukkan kepala di hadapan musuh, dan jika timbul perbincangan tentang dialog atau rundingan, ia tidak bermakna menyerah kalah atau berundur,” katanya dalam X dalam bahasa Parsi, diterjemahkan melalui Grok.
Terdahulu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dalam satu temu bual dengan program 60 Minutes di CBS News, berkata perang di Asia Barat itu belum berakhir kerana terdapat ‘lebih banyak kerja yang perlu dilakukan’.
“Iran tidak menyerahkan uranium yang diperkaya mahupun tapak pengayaan yang dibongkar, dan terus menyokong proksi serantau dan memajukan program peluru berpandu balistiknya,” katanya.
The Wall Street Journal pula melaporkan bahawa Iran menolak tuntutan AS berhubung program nuklearnya dan simpanan uranium yang diperkaya tinggi.
Sebaliknya, Tehran mencadangkan rundingan berasingan dan menawarkan untuk mencairkan sebahagian daripada uraniumnya yang diperkaya tinggi dan memindahkan selebihnya ke negara ketiga, dengan peruntukan bahawa ia akan dikembalikan jika Washington menarik diri daripada sebarang perjanjian akhirnya.
AS mahukan jaminan bahawa Iran akan menamatkan program nuklearnya sebagai sebahagian daripada sebarang perjanjian damai. Iran dilaporkan telah bersetuju untuk menggantung penggayaan uranium, tetapi untuk tempoh yang lebih singkat daripada moratorium 20 tahun yang dicadangkan oleh AS Iran telah menolak pembongkaran kemudahan nuklearnya.
Teheran juga menuntut agar AS menamatkan sekatannya terhadap pelabuhan Iran sebagai syarat untuk membuka Selat Hormuz.
Sementara itu, sebuah kapal tangki LNG Qatar melintasi selat itu pada Ahad buat kali pertama sejak perang bermula, laluan yang dilaporkan diluluskan oleh Iran untuk membina keyakinan dengan Qatar dan Pakistan, walaupun pembukaan simbolik itu tidak banyak mengurangkan kebimbangan pasaran yang lebih luas.
Niaga hadapan West Texas Intermediate AS dengan penghantaran Jun meningkat 3.08 peratus kepada USD95.42 setong pada hari Isnin, manakala penanda aras antarabangsa, niaga hadapan minyak mentah Brent dengan penghantaran Julai meningkat 3.16% kepada USD104.49 setong.
Konflik di Asia Barat berlanjutan sebelum apabila Emiriah Arabn Bersatu (UAE) mendakwa Iran meneruskan serangan dron ke atas negara itu pada hujung minggu, yang sebaliknya Tehran.
Sebaliknya, jurucakap Tentera Iran, Brigadier Jeneral Mohammad Akraminia, dalam satu temu bual dengan IRNA, memberi amaran tentang ‘pilihan yang mengejutkan’ jika musuh, terutama Amerika Syarikat dan Israel membuat ‘salah perhitungan’ yang lain, dengan menegaskan sebarang pencerobohan AS-Israel pada masa hadapan akan membawa konflik ke kawasan ‘yang tidak dijangka oleh musuh (AS-Israel)’.
Pemimpin Agung Iran yang baharu, Mojtaba Khamenei, yang tidak muncul secara terbuka sejak perang bermula, turut mengeluarkan ‘arahan baharu dan tegas’ untuk operasi ketenteraan, lapor penyiar negeri, tanpa mengulas lanjut.
Sementara kebuntuan yang tidak dapat diselesaikan itu, lapor pula Reuters, bergantung pada sidang kemuncak Trump yang akan datang dengan Presiden China Xi Jinping lewat minggu ini di Beijing, di mana perang Iran-AS di Asia Barat berkemungkinan akan menjadi tumpuan utama.
Washington telah berusaha untuk mendesak Beijing agar bersandar pada Tehran untuk membuka semula selat itu, walaupun keinginan China untuk bertindak sebagai mekanisme tekanan masih tidak jelas.
Pengarah Urusan di Fed Watch Advisors, Ben Emons berkata, rundingan AS-China berkemungkinan ‘terurus dengan potensi hasil yang tipis’ dan kemungkinan besar merupakan ‘samar-samar dalam mastikan harga minyak global terus mengalami penurunan’.
“China berkongsi kepentingan Washington bagi scenario Selat Hormuz yang stabil tetapi tidak dapat dilihat membuat konsesi yang menjejaskan perkongsiannya dengan Tehran atau berisiko mendedahkan reputasi usaha pengantaraan yang gagal,” katanya.
Dalam satu tawaran diplomatik berprofil tinggi, Beijing menjadi tuan rumah kepada Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi pada minggu lalu, dengan diplomat tertinggi China, Wang Yi mengesahkan semula ‘perkongsian strategik’ antara kedua-dua negara sambil menasihatkan agar Tehran untuk meneruskan penyelesaian diplomatik terhadap konflik serantau dan menahan diri daripada permusuhan dengan AS. – HARAKAHDAILY 11/5/2026











