Hakim kes bekas Wanita Pertama Korea ditemui mati

Kim Keon-hee (kiri) disabitkan kesalahan menerima beg tangan mewah daripada Unification Church pada April 2022.
- Advertisement -

SEOUL: Seorang hakim Mahkamah Rayuan Korea Selatan yang mengendalikan kes berprofil tinggi melibatkan bekas Wanita Pertama, Kim Keon-hee, ditemui maut awal pagi Rabu.

Shin Jong-oh, yang baru-baru ini menjatuhkan hukuman lebih berat terhadap Kim, ditemui dengan kecederaan parah di sebuah petak bunga berhampiran bangunan Mahkamah Tinggi Seoul di daerah Seocho, selatan Seoul.

- Advertisement -

Beliau disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital berdekatan.

Polis mengesyaki lelaki berusia 55 tahun itu terjatuh dari bangunan tersebut.

“Memang benar bahawa nota bunuh diri ditemui di dalam poketnya,” kata seorang pegawai di Balai Polis Seocho kepada This Week in Asia.

Nota berkenaan dilaporkan mengandungi frasa seperti “Saya minta maaf” dan “Saya akan pergi atas kehendak saya sendiri”.

Namun begitu, polis menegaskan nota tersebut tidak menyebut kes Kim atau mana-mana tugasan kehakimannya.

Pihak berkuasa kini sedang menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kandungan nota serta keterangan saksi bagi menentukan keadaan sebenar kejadian.

Shin sebelum ini mempengerusikan perbicaraan rayuan pada 28 April lepas dalam kes yang melibatkan dakwaan bahawa Kim terlibat dalam manipulasi saham berkaitan Deutsche Motors, serta tuduhan rasuah berasingan.

Beliau membatalkan sebahagian keputusan tidak bersalah mahkamah rendah dan mendapati Kim bersalah melanggar undang-undang pasaran modal berkaitan manipulasi harga saham.

Mahkamah juga memutuskan Kim bersalah; bertentangan dengan keputusan mahkamah rendah sabit kesalahan menerima beg tangan mewah daripada Unification Church pada April 2022, ketika suaminya, Yoon Suk-yeol, dipilih menjadi presiden.

Keputusan mahkamah itu diputuskan sebagai pemberian dengan niat untuk mendapatkan bantuan.

Shin menjatuhkan hukuman penjara empat tahun serta denda 50 juta won (USD34,000), meningkat daripada hukuman mahkamah rendah selama satu tahun lapan bulan.

Mahkamah tersebut juga mengarahkan rampasan rantai leher Graff bernilai 62.2 juta won serta pelucutan tambahan sebanyak 20.94 juta won. – HARAKAHDAILY 6/5/2026

- Advertisement -