IRGC umumkan ‘zon kawalan pintar’ Selat Hormuz

- Advertisement -

TEHRAN: Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) telah mengumumkan zon kawalan maritim baharu di Selat Hormuz, laluan air sempit yang menjadi laluan kira-kira satu perlima bekalan minyak dunia’ dan mengisytiharkannya sebagai ‘strategik’.

- Advertisement -

Menurut kenyataan tersebut, lapor media Iran, Tasnim, zon ‘kawalan pintar’ baharu oleh Angkatan Tentera Republik Islam Iran di Selat Hormuz di bahagian selatan merangkumi garisan antara Gunung Mobarak di Iran dan selatan bandar pelabuhan Fujairah di Emiriah Arab Bersatu; manakala di barat melibatkan garisan antara hujung Pulau Qeshm di Iran dan Umm Al Quwain di UAE di Teluk Parsi.

Sementara jurucakap IRGC, Hossein Mohebi, berkata pengumuman itu tidak menggambarkan perubahan dalam pengurusan keseluruhan laluan air berkenaan, lapor portal berita IRGC, Sepah News.

“Kapal komersial yang mematuhi protokol transit yang ditetapkan oleh Tentera Laut IRGC serta melakukan penyelarasan dengan pihak berkuasa Iran di sepanjang laluan yang ditetapkan akan dibenarkan melalui kawasan itu dengan selamat,” katanya.
Namun, beliau memberi amaran bahawa kapal yang melanggar peraturan itu boleh dihentikan secara paksa.

Pengumuman IRCG itu dibuat sehari selepas pada Ahad, Presiden AS, Donald Trump berkata Washington akan ‘membantu membebaskan’ kapal-kapal yang tersekat di Selat Hormuz mulai Isnin, mendakwa bahawa pentadbirannya akan memecahkan sekatan Iran terhadap laluan air strategik itu.

Trump mendakwa bahawa beliau melancarkan kempen tersebut yang dilabelkan sebagai ‘Projek Kebebasan’ (Project Freedom) atas permintaan negara-negara yang kapalnya terkandas di selat itu, yang dirujuknya sebagai ‘negara yang neutral dan tidak bersalah”.

Pemerintah Pusat AS (CENTCOM) pula berkata dalam satu kenyataan berasingan berkata bahawa ia akan mula menyokong kapal dagang ‘yang ingin transit secara bebas’ di selat itu mulai Isnin. – HARAKAHDAILY 5/5/2026

- Advertisement -