‘Jitra Sihat’: Dr Haim mahu pupuk warga jaga kebersihan

- Advertisement -

KUBANG PASU: Sejajar dengan kesedaran pentingnya menjaga kebersihan, satu program yang dinamakan Jitra Bersih telah diadakan dengan jayanya.

Program siri pertama itu diadakan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Dr Haim Hilman Abdullah, menyasarkan beberapa tempat utama sekitar pekan tersebut.

- Advertisement -

Menurut Dr Haim, program tersebut juga satu usaha memupuk
kesedaran kepentingan menjaga kebersihan khususnya kepada generasi muda, agar sikap itu menjadi amalan seharian.

Aktiviti pembersihan seperti mengutip sampah, memotong rumput yang menjalar ke longkang dan lain-lain itu diadakan sepanjang jalan dari hadapan Dewan Jitra hinggalah ke Balai Bomba, pekan berkenaan.

Dr Haim Hilman, turut bersama mengutip sampah sekitar Pekan Jitra

Selain disertai oleh Dr Haim sendiri, aktiviti itu turut dijayakan oleh para sukarelawan dari pelbagai lapisan umur, lelaki dan perempuan.

Beliau berhasrat akan meneruskan program yang sama pada masa akan datang dengan sasaran tempat berbeza, dengan hasratnya dapat diadakan sekali dalam sebulan.

Walaupun aktiviti seumpama itu agak penat, apatah lagi dalam keadaan cuaca yang agak panas, namun ia mampu memberi pulangan terbaik khususnya kepada alam sekitar.

Selain itu, secara tidak langsung dapat memberi signal kepada masyarakat bahawa tugas menjaga kebersihan adalah tanggungjawab semua.

“Persekitaran yang bersih, menjana kepada badan yang sihat dan memberi kesejahteraan kepada semua,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 29/4/2026

- Advertisement -