
TEHRAN: Pemimpin Kerajaan Iran, Ayatollah Seyed Mojtaba Khamenei memuji kesan kekuatan perpaduan nasiona negara itul, dengan mengatakan bahawa solidariti rakyat Iran telah melemahkan barisan musuh dengan ketara.
Menurutnya, disebabkan oleh perpaduan ‘aneh’ yang diciptakan dalam kalangan rakan-rakan senegara, keretakan telah berlaku dalam diri musuh-musuh Iran.
Motjaba Khamenei berkata demikian menerusi mesej yang diterbitkan di rangkaian X pada hari Khamis, menekankan bagaimana solidariti yang belum pernah terjadi sebelumnya ini telah mengganggu perhitungan mereka yang ingin melemahkan Republik Islam itu.
Beliau juga menekankan keperluan untuk meluahkan rasa syukur atas rahmat Ilahi melalui tindakan konkrit, menegaskan bahawa usaha sedemikian akan menjadikan perpaduan nasional ‘lebih besar dan lebih kukuh’, sambil meninggalkan musuh yang dilabelkannya sebagai ‘sangat celaka dan penuh kekurangan’.
Pemimpin itu juga menarik perhatian kepada peperangan psikologi musuh yang berterusan, dan mengeluarkan amaran kepada media Barat.
“Operasi media musuh, dengan menyasarkan minda dan jiwa rakyat, berhasrat untuk melemahkan perpaduan dan keselamatan nasional; semoga kecuaian kita tidak membenarkan niat jahat ini membuahkan hasil,” tegasnya.
Mesej Motjaba Khamenei datang pada persimpangan kritikal ketika Republik Islam berdiri teguh menentang pencerobohan pelbagai rupa, termasuk sekatan, ancaman, dan kempen propaganda yang dirancang oleh Amerika Syarikat, rejim Zionis dan sekutu Barat mereka, lapor Press TV.
Terdahulu juga pada Khamis, tiga ketua cabang eksekutif, perundangan, dan kehakiman Iran mengeluarkan respons kolektif kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengecam kenyataannya yang mendakwa berlaku ‘perpecahan antara golongan ekstremis dan sederhana’ di Iran sebagai provokasi yang tidak wajar.
Presiden Masoud Pezeshkian, Speaker Parlimen Mohammad Baqer Qalibaf, dan Ketua Kehakiman Gholamhossein Mohseni Ejei bersatu menyampaikan mesej yang kuat kepada Trump, menekankan tema umum perpaduan dan penentangan nasional Iran terhadap pencerobohan AS dan Zionis Israel ke atas Iran. – HARAKAHDAILY 24/4/2026











