Ribut petir, angin kencang, hujan lebat landa UAE

RTA keluar amaran gangguan perkhidmatan pengangkutan awam

- Advertisement -

DUBAI: Pihak berkuasa Emiriyah Arab Bersatu (UAE) memberi amaran kepada penumpang jalan raya susulan ribut dan angin kencang mengganggu perkhidmatan pengangkutan awam di negara itu.

Sehubungan itu, pihak Berkuasa Jalan Raya dan Pengangkutan (RTA) UAE telah mengeluarkan amaran bahawa beberapa laluan bas mungkin terganggu buat sementara waktu disebabkan oleh hujan lebat, ribut petir dan angin kencang yang melanda sebahagian besar UAE pada malam Khamis hingga awal Jumaat (27 Mac).

- Advertisement -

Cuaca yang tidak stabil mencetuskan kilat, guruh yang kuat, hujan lebat, angin yang membawa habuk, dan penglihatan yang berkurangan, mendorong pihak berkuasa untuk mengaktifkan langkah kecemasan dan mengeluarkan amaran keselamatan di seluruh negara.

Sehubungan itu, menurut laporan Gulf News, penduduk di seluruh UAE melaporkan kilat, guruh yang kuat, dan hujan lebat ketika sistem cuaca yang kuat melanda bandar-bandar utama pada malam Khamis hingga awal pagi Jumaat (27 Mac).

Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) dalam kenyataanya berkata, keadaan tidak stabil yang didorong oleh sistem tekanan rendah telah membawa gelombang hujan berulang, angin kencang, dan ribut petir di seluruh negara.

Sehubungan itu, NCM telah mengeluarkan amaran banjir kilat sejurus selepas tengah malam pada hari Khamis, sehingga awal pagi Jumaat (27 Mac) apabila sistem cuaca hujan merebak dari wilayah barat ke Abu Dhabi, Dubai dan seterusnya.

Terdahulu, Hujan lebat telah menyebabkan banjir di beberapa bahagian Emirates Road (Jalan Bypass) yang memberi kesan kepada aliran trafik di seluruh emirat.

Polis Ras Al Khaimah berkata, limpahan air dari lembah Al Beeh dan lembah Qada’a telah menolak air ke lebuh raya, mewujudkan keadaan pemanduan yang berbahaya.

Sehubungan itu, pihak berkuasa menasihatkan pemandu untuk memperlahankan kenderaan, mengekalkan jarak yang selamat dan mengelakkan lembah dan kawasan rendah.

Pihak berkuasa juga menasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif, kerana pasukan rondaan kekal di lokasi untuk menguruskan trafik dan memastikan keselamatan. – HARAKAHDAILY 27/3/2026

- Advertisement -