Yahudi yang bukan Zionis

- Advertisement -

BUKAN semua orang Yahudi menyokong agenda Zionisme.

Sama seperti orang Islam, jangan ingat semua orang Islam adalah anti-Zionis.

Tidak memeranjatkan jika ada orang yang mengaku beragama Islam tetapi lebih rela bersekutu dengan rejim Zionis dan US atas alasan mahu menyekat bahaya kaum Parsi dan kesesatan Syiah.

Menurut pertimbangannya, Syiah dan Parsi ini lebih besar mudaratnya berbanding Yahudi, Nasrani dan rejim kuasa mereka.

- Advertisement -

Lalu orang Islam ini tanpa rasa bersalah memihak kepada rejim Zionis dan US.

Seolah-olah al-Quran tidak pernah mengingatkan orang Islam agar tidak memberikan wala’ (taat setia) kepada Yahudi dan Nasrani.

Berbalik kepada orang Yahudi, mungkin ada yang berasa hairan, bagaimana mungkin ada Yahudi yang tidak menyokong agenda Zionisme menubuhkan sebuah negara bangsa bagi kaum Yahudi?

Tidakkah orang Yahudi yang selama ini hidup secara diaspora, ditindas dan diancam kewujudan mereka sejak sekian lama, sejak zaman Firaun yang menghambat Nabi Musa AS dan Bani Israel, sehingga kes Holokus yang dilakukan oleh rejim Nazi yang mahu menghapuskan etnik Yahudi, justeru itu orang Yahudi amat memerlukan sebuah negara bangsa yang menjamin kemuliaan maruah dan kedaulatan bangsa mereka?

Untuk memahami pendirian Yahudi anti-Zionis ini, seseorang perlu mengkaji mengenai konsep Tiga Sumpah (The Three Oaths / Shalosh Shavuot”) yang termaktub dalam Gemara, Ketubot (111a).

Tiga sumpah ini menjadi asas kepada orang Yahudi untuk membina keyakinan mereka terhadap kedatangan ‘mashiach ben David’ (al-Masih), sang penyelamat akhir zaman yang akan membina sebuah negara bangsa yang aman untuk kaum Yahudi.

Namun bagaimana proses itu seharusnya berlaku, perkara ini menjadi khilaf antara para rabbai, atau ilmuan Yahudi.

Saya pernah menulis mengenai perkara ini, dan saya akan nukilkan semula tulisan saya terdahulu.

Berikan perhatian terhadap perenggan berikut sebagai premis pertama:

“Menurut R. Zera, terdapat tiga sumpah tambahan yang berkaitan dengan penebusan muktamad. Gemara menyatakan bahawa ancaman kepada bangsa Israel jika mereka melanggar sumpahan ini, daging mereka akan dibiarkan seperti binatang liar di lapangan, iaitu, Hashem (nama Tuhan Yahudi) akan membawa mereka penderitaan yang besar dan kemusnahan fizikal.”

Dan gandingkan dengan ayat 7 surah al-Isra’ sebagai premis kedua:

{فَإِذَا جَاۤءَ وَعۡدُ ٱلۡـَٔاخِرَةِ لِیَسُـࣳۤـُٔوا۟ وُجُوهَكُمۡ وَلِیَدۡخُلُوا۟ ٱلۡمَسۡجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةࣲ وَلِیُتَبِّرُوا۟ مَا عَلَوۡا۟ تَتۡبِیرًا}

“… Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (KAMI  datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya);

”dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama;

”dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.”

Melihat kepada tragedi peperangan rejim Zionis, US dan sekutu mereka vs Iran mutakhir ini, yang boleh dikatakan buat kali pertama dunia menyaksikan rudal-rudal datang dari jauh menghentam bumi Tel Aviv secara ‘ababil’ (berpasukan), membuatkan kita sebagai orang Islam tertanya, adakah ini sebagai raptai kepada peristiwa yang dijanjikan dalam ayat 7 surah al-Isra’?

Dan bagi orang Yahudi ‘Ortodok’ pula, adakah rudal-rudal Iran ini merupakan ancaman yang dinyatakan oleh Gemara, iaitu apabila bangsa Israel melanggar sumpahan ini, daging mereka akan dibiarkan seperti binatang liar di lapangan, iaitu, Hashem (nama Tuhan Yahudi) akan membawa mereka penderitaan yang besar dan kemusnahan fizikal?

Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui hakikat sebenar rahsia di sebalik qada’ dan qadar-Nya.

Berikut adalah artikel yang pernah saya tulis dahulu:

Zionis tunggang nama Israel untuk dirikan negara Dajjal

قَالَ فَإِنَّهَا مُحَرَّمَةٌ عَلَیۡهِمۡۛ أَرۡبَعِینَ سَنَةࣰۛ یَتِیهُونَ فِی ٱلۡأَرۡضِۚ فَلَا تَأۡسَ عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡفَـٰسِقِینَ

“Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya – selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau dengan bingungnya (di sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu”. [Surah Al-Ma’idah 26]

{ وَقَضَیۡنَاۤ إِلَىٰ بَنِیۤ إِسۡرَ ٰ⁠ۤءِیلَ فِی ٱلۡكِتَـٰبِ لَتُفۡسِدُنَّ فِی ٱلۡأَرۡضِ مَرَّتَیۡنِ وَلَتَعۡلُنَّ عُلُوࣰّا كَبِیرࣰا (4) فَإِذَا جَاۤءَ وَعۡدُ أُولَىٰهُمَا بَعَثۡنَا عَلَیۡكُمۡ عِبَادࣰا لَّنَاۤ أُو۟لِی بَأۡسࣲ شَدِیدࣲ فَجَاسُوا۟ خِلَـٰلَ ٱلدِّیَارِۚ وَكَانَ وَعۡدࣰا مَّفۡعُولࣰا (5) ثُمَّ رَدَدۡنَا لَكُمُ ٱلۡكَرَّةَ عَلَیۡهِمۡ وَأَمۡدَدۡنَـٰكُم بِأَمۡوَ ٰ⁠لࣲ وَبَنِینَ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ أَكۡثَرَ نَفِیرًا (6) إِنۡ أَحۡسَنتُمۡ أَحۡسَنتُمۡ لِأَنفُسِكُمۡۖ وَإِنۡ أَسَأۡتُمۡ فَلَهَاۚ فَإِذَا جَاۤءَ وَعۡدُ ٱلۡـَٔاخِرَةِ لِیَسُـࣳۤـُٔوا۟ وُجُوهَكُمۡ وَلِیَدۡخُلُوا۟ ٱلۡمَسۡجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةࣲ وَلِیُتَبِّرُوا۟ مَا عَلَوۡا۟ تَتۡبِیرًا (7) }

“Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

“Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.

“Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.

”Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.” [Surah Al-Isrāʾ: 4-7]

Dalam ajaran Yahudi sendiri, mereka dilarang mendirikan negara selagi mana al-Masih yang sebenar belum muncul:

” … mentions that the Jewish people have been bound by three oaths:
1) not to ascend to Eretz Yisrael (the Land of Israel) as a group using force;
2) not to rebel against the nations of the world; and
3) that the nations of the world would not persecute the nation of Israel excessively.

Some consider the establishment of the State of Israel to be a violation of these oaths. The first Haredi anti-Zionist movement was Agudath Israel, established in Poland in 1912. Haredi groups and people actively and publicly opposing Zionism are Satmar, Toldos Aharon, Neturei Karta.

Dalam Talmud, Ketubot 111a (1) menyebut bahawa orang Yahudi telah terikat dengan tiga sumpah (The Three Oaths / Shalosh Shavuot)

1. Tidak masuk ke Eretz Yisrael (tanah Israel) sebagai kumpulan yang menggunakan kekerasan;

2. Tidak memberontak terhadap negara-negara di dunia;

3. Bahawa bangsa-bangsa di dunia tidak akan menganiaya bangsa Israel secara berlebihan.

Sesetengah menganggap penubuhan Negara Israel menjadi pelanggaran sumpah-sumpah ini.

Pergerakan Anti-Zionis pertama adalah Agudath Israel, yang ditubuhkan di Poland pada tahun 1912.

Kumpulan Haredi dan orang yang aktif dan menentang Zionisme secara terbuka adalah Satmar, Rakyat Aharon, Neturei Karta.

Gemara, Ketubot (111a):

“Aku telah mengikat kamu dengan sumpahan, hai anak-anak Yerusalem” (Shir Hashirim), bahawa Hashem (nama Tuhan Yahudi) itu mengikat Am Yisrael dan bangsa-bangsa lain.

Sumpahan pertama ialah:

“Shelo Yaalu Bachoma,” bahawa orang Yahudi tidak seharusnya dengan paksa, “memecah masuk ke dinding,” dan masuk ke Eretz Yisrael.

Yang kedua ialah orang Yahudi tidak harus memberontak terhadap bangsa-bangsa lain.

Yang ketiga ialah bangsa-bangsa di dunia tidak boleh menindas Yisrael terlalu banyak selama pengasingan.

Menurut R Zera, terdapat tiga sumpah tambahan yang berkaitan dengan penebusan muktamad. Gemara menyatakan bahawa ancaman kepada bangsa Israel jika mereka melanggar sumpahan ini, daging mereka akan dibiarkan seperti binatang liar di lapangan, iaitu, Hashem (nama Tuhan Yahudi) akan membawa mereka penderitaan yang besar dan kemusnahan fizikal.

Jadi negara yang didirikan oleh rejim Zionis telah melanggar sumpahan yang dikenakan terhadap kaum Yahudi:

{ أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُوا۟ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا یَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِینَ خَلَوۡا۟ مِن قَبۡلِكُمۖ مَّسَّتۡهُمُ ٱلۡبَأۡسَاۤءُ وَٱلضَّرَّاۤءُ وَزُلۡزِلُوا۟ حَتَّىٰ یَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ مَعَهُۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِۗ أَلَاۤ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِیبࣱ }

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).” [Surah Al-Baqarah: 214]

MUHAMMAD RIF’AAT RAZMAN
Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 26/3/2026

Rujukan:

[1] https://www.sefaria.org/Ketubot.111a.1?lang=bi&with=all

[2] https://harakahdaily.net/index.php/2023/11/01/israel-paksi-kejahatan-yang-dicipta/

[3] https://en.m.wikipedia.org/wiki/Three_Oaths

[4] https://www.kompasiana.com/bungakambodja/54febe4da33311de6250fad7/negara-israel-tidak-syah-menurut-talmud-dan-taurat-yahudi-?page=all&page_images=1

[5] https://bebasnews.my/2021/06/30/negara-israel-haram-di-sisi-agama-yahudi/

[6] https://www.kby.org/english/torat-yavneh/view.asp?id=3970

[7] https://www.jewfaq.org/mashiach

- Advertisement -