
TADI saya tengok sidang media oleh Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen (MP) Sungai Buloh merangkap Menteri Sumber Manusia, Ramanan Ramakrishnan.
Saya tak pasti adakah ianya kebetulan atau berkait. Semalam Victor Chin yang dikaitkan dengan korporat mafia ada keluarkan kenyataan media dan kronologi pasal korporat mafia sebenar dan dakwaan ada seorang MP PKR pau dia RM9.5 juta untuk selesaikan isu berkenaan tuduhan korporat mafia terhadap diri dia.
Kalau ikut dakwaan Victor Chin, bukan dia korporat mafia sebenar malah dia adalah mangsa korporat mafia. Secara tak langsung dia mengesahkan wujudnya korporat mafia. MP PKR tu pula dia kata minta RM10 juta untuk bantu bersihkan nama dia yang dituduh sebagai korporat mafia, tapi dia hanya beri RM9.5 juta sahaja sebab MP PKR tu tak bantu pun selesaikan masalah dia.
Tup tup….tiba-tiba hari ini Ramanan Ramakrishnan buat sidang media sembang panjang lebar pasal kenyataan Victor Chin. Kebetulan?
Tapi dalam sidang media tadi, pada minit 14:52, ada satu soalan penting ditanya wartawan kepada Ramanan.
“Dato Seri, maknanya Dato Seri bukan MP PKR yang dimaksudkan oleh Victor Chin?”
Untuk soalan itu, Ramanan jawab berpusing-pusing sampai tak jumpa jalan keluar. Sedangkan dia boleh jawab dengan penuh yakin,
“Tidak, saya bukan MP PKR tersebut.”
Atau lebih meyakinkan, dia boleh jawab,
“Tiada MP PKR yang terima RM9.5 juta tersebut. Saya boleh sahkan”.
Dia kan Naib Presiden PKR. Takkan tak berani nak pertahankan parti dia dan juga Ahli Parlimen PKR yang lain?
Apapun, gesaan dari Ketua Penerangan PAS, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari perlu diambil perhatian oleh agensi berkaitan. Siasatan terhadap dakwaan Victor Chin perlu dilaksanakan segera dengan telus dan adil.
Dakwaan wujudnya korporat mafia ini jelas menjejaskan nama baik negara di mata pelabur luar negara dan dalam negara.
Apatah lagi ianya membabitkan agensi kerajaan sendiri termasuk seorang MP dari parti PMX dikaitkan.
Salam hormat,
IR TS DR NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF











