ART: Masa ‘sign’ bagus, masa batal pun bagus?

- Advertisement -

MASA dia sain perjanjian, dia kata bagus sebab turun tarif, bukan jual negara.

Bila terbatal, dia kata bagus juga sebab kebimbangan jual negara dah tak ada. Eh…?

Sepatutnya sedihlah dan bersusah hati kerana benda yang baik untuk negara itu jadi terbatal. Sia-sia berjoget kat airport, dapat pen White House, dipuji tandatangan cantik, kemudian batal.

Yang mana satu ni?

- Advertisement -

Sama macam RM jatuh zaman rejim sebelum dia, tanda ekonomi teruk, kerajaan tak pandai jaga ekonomi.

Zaman dia RM jatuh, sebab USD kuat, bukan salah dia.

Zaman orang, harga minyak tak turun, sebab dia tidak jadi kerajaan dan kerajaan waktu itu seksa rakyat, tak mahu bagi subsidi.

Zaman dia minyak tak turun, sebab kerajaan nak belanja untuk pembangunan dan itu janji lama, zaman Tok Kaduk.

Zaman kerajaan lama, bila harga barang naik, kerajaan tidak prihatin, tidak membantu kesusahan rakyat.

Zaman dia harga barang naik disebabkan kos negara lain meningkat, terpalit dengan negara kita, bukan salah aku.

Zaman orang memerintah, bila cukai dinaikkan, rakyat sengsara.

Zaman dia cukai dinaikkan, rakyat ceria dan bergumbira ke?

Zaman orang, kerajaan sekat peruntukan kepada pembangkang dikata zalim.

Zaman dia sekat peruntukan, sebab pembangkang tak mahu datang berunding.

Zaman orang, keluarga pimpinan tanpa jawatan dibawa bersama ke luar negara, ia pembaziran duit cukai rakyat.

Zaman dia bawa anak lelaki dia yang tidak diketahui apa jawatan dalam runding kerajaan, masih belum dijawab, bazir duit rakyat ke tak?

Apa bezanya?

Bezanya rejim lama buat semasa semua media mereka kawal dan tiada media sosial waktu itu yang mana mereka berjaya kekal lama, rakyat tidak ada maklumat.

Kemudian mereka diturunkan selepas media sosial berkembang, rakyat dapat perangai sebenar kerajaan lama.

Rejim baharu, dia buat semasa media sosial menjadi keperluan hidup manusia, semua benda dengan mudah tersebar dan rakyat melihat jelas perangai sebenar mereka.

Insya-Allah tak lama lagi, jatuhlah tu, macam rejim lama yang dia kata zalim itu. Rakyat meluat sangat dah.

MOHD NASIR ABDULLAH
16 Mac 2026 – HARAKAHDAILY 16/3/2026

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -