Niat makan minum, adakah batal puasa?

- Advertisement -

Soalan:

Jika orang yang sedang berpuasa berniat untuk membatalkan puasanya seperti berniat hendak makan tetapi belum melakukannya, adakah batal puasanya?

- Advertisement -

Jawapan:

Jika orang yang berpuasa berniat untuk membatalkannya, maka puasanya tidak batal dengan hanya berniat seperti itu sehinggalah dia melakukan perbuatan yang membatalkan seperti makan dan minum.

Berkata Imam Al-Imrani As-Syafie:

وإن نوى الصائمُ الخروجَ من الصوم .. ففيه وجهان: أحدهما: لا يبطل

Ertinya: “Dan jika berniat oleh orang yang puasa hendak keluar dari puasanya, maka padanya ada dua pendapat yang salah satunya tidak batal puasanya.” (Kitab Al-Bayan)

Dan berkata Mufti Mesir Dr Syauqi Ibrahim ‘Allan:

فذهب جمهور الفقهاء من الحنفية والمالكية والشافعية في وجهٍ وابن حامد من الحنابلة إلى أن مجرد نية الصائم الفطر مع عدم إتيانه بمفطِّر لا تُبطل الصوم، بل صومه صحيحٌ تامٌّ؛ لأن نية الإفطار لم يتصل بها فعلٌ مُفطِّر

Ertinya: “Maka telah berjalan oleh jumhur fuqahak dari mazhab Hanafi dan Maliki dan Syafie pada satu wajah dan Ibnu Hamid dari ulamak mazhab Hanbali kepada bahawasanya semata-mata niat orang puasa itu hendak berbuka serta tidak melakukan perbuatan yang boleh membatalkan maka tidak batal puasanya bahkan puasanya sah dengan sempurna kerana sungguhnya ia hanya niat berbuka sahaja tanpa disambung dengan perbuatan yang membatalkan puasa.” (Majlis Fatwa Negeri Mesir)

Wallahua’lam. – HARAKAHDAILY 14/3/2026

- Advertisement -