Perkembangan mutakhir perang Iran – AS – negara haram Israel

- Advertisement -

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dalam wawancaranya dengan CBS berkata peperangan dengan Iran telah hampir selesai dan menambah bahawa beliau ada seseorang dalam fikirannya untuk menggantikan Pemimpin Agung Iran yang baharu.

- Advertisement -

Menurut laporan The Wall Street Journal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memberitahu pembantunya bahawa beliau akan menyokong cadangan untuk membunuh Pemimpin Agung Iran Ayatolllah Sayyed Mojtaba Khamanei jika terbukti beliau tidak mahu menyerah kalah.

Trump juga dalam wawancaranya dengan media Amerika Syarikat Fox News apabila ditanya mengenai pemilihan Ayatollah Mojtaba Khamanei sebagai Pemimpin Agung yang baharu, jawapannya ‘saya amati tidak menyukai pemilihan tersebut’.

Dalam satu lagi wawancara, Trump turut menyatakan bahawa keputusan untuk mengakhiri perang dengan Iran adalah keputusan bersama Amerika Syarikat dan negara haram Israel. Trump juga turut berkata dahulu negara di Asia Barat amat takut dengan Iran, tetapi kini tidak lagi termasuk menyatakan bahawa Iran sedang merancang untuk ‘mengambil alih’ Asia Barat.

Tentera udara Amerika Syarikat dan negara haram Israel terus melancarkan serangan udara ke atas Iran dengan menyasarkan Tehran, Bandar Abbas, Isfahan, Sarandaj, Karaj dan beberapa lagi wilayah di Iran yang menyasarkan aset-aset strategik di Iran khususnya loji penapisan minyak mentah di beberapa wilayah di Iran sejak dua hari lalu. Dilaporkan satu fasiliti nuklear di Isfahan mengalami kerosakan teruk akibat di bom tentera udara Amerika Syarikat dan negara haram Israel.

Tentera Iran dan IRGC terus melancarkan serangan udara dan dron ke atas aset strategik dan pangkalan tentera Amerika Syarikat di negara-negara Asia Barat seperti Bahrain, UAE, Qatar, Kuwait, Arab Saudi, Jordan dan Erbil di wilayah Kurdistan termasuk pengkalan tentera udara Victoria di Baghdad, Iraq. Pejabat pemimpin kumpulan pembangkang Kurdis Iran PJAK  Party Hossien Yazdanpanah turut menjadi sasaran serangan dron tentera Iran.

Tentera Iran dan IRGC sekali lagi melancarkan serangan dron dan peluru berpandu balistik ke atas pangkalan tentera laut armada kelima Amerika Syarikat dan loji penipisan minyak mentah BAPCO yang terletak di Manama, Bahrain. Dilaporkan bahawa tentera udara Amerika Syarikat telah memindahkan hampir kesemua pesawat pengisi minyak di udara Boeing KC-135 daripada pangkalan tentera udaranya di Arab Saudi.

Tentera Iran dan IRGC terus menghujani negara haram Israel dengan serangan peluru berpandu balistik dan dron dengan menyasarkan Tel Aviv, Beit Shemesh, Beersheba, Rishon Le Zion, Ramla, Gush Dan dan sebahagian besar negara haram Israel. Serangan peluru berpandu balistik IRGC ke atas loji janakuasa terbesar negara haram Israel Orot Rabin di Hadera mengakibatkan seluruh Greater Israel dan kawasan sekitarnya terputus bekalan elektrik.

Tentera udara negara haram Israel terus melancarkan serangan udara ke atas Lubnan dengan menyasarkan Beirut, Tyar Dibba, Bint Jbeil dan sebahagian besar bandar di Selatan Lubnan. Dilaporkan berlangsung pertempuran sengit antara tentera penjajah rejim Zionis Israel dan anggota Hizbullah di kawasan penempatan haram yahudi di sepanjang sempadan Lubnan – negara haram Israel.

Hezbullah terus melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke atas negara haram Israel dengan menyasarkan serangan ke atas Tel Aviv, Haifa, Kiryat Shmona, Beit Shamesh, Manara, Margilot, Misgav Am, Safad, Metulla, Bir Saba, Ofakim, Avivim, Ramat Gan dan sebahagian besar wilayah utara negara haram Israel. Hizbullah juga turut dilaporkan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu ke atas pangkalan tentera Ramia di negara haram Israel. Satu serangan peluru berpandu oleh Hizbullah berjaya memusnahkan stesen satelit bumi di Ha’Ela Valley, Beit Shamesh, negara haram Israel, stesen satelit bumi terbesar negara haram Israel yang berfungsi sebagai stesen satelit komunikasi dan perisikan.

Turkiye mengeluarkan kenyataan bahawa sistem pertahanan udara NATO di Turkiye telah memintas peluru berpandu balistik Iran di ruang udara Turkiye di kawasan timur Lautan Mediterranean. Berikutan itu Pejabat Presiden Turkiye mengeluarkan kenyataan dengan memberi amaran kepada semua pihak khususnya Iran untuk mengelak langkah yang mengancam kestabilan dan keselamatan orang awam dan rantau Asia Barat.

Reuters melaporkan bahawa negara haram Israel kini memasuki fasa baharu peperangan yang bertujuan untuk mewujudkan ketidakstabilan terhadap Republik Islam Iran untuk membawa perubahan iaitu ‘regime change’.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengumumkan bahawa Perancis akan memulakan ‘defensive operation’ di Asia Barat dengan menghantar 8 buah kapal perang dan 2 buah kapal pengangkut helikopter ke Lautan Mediterranean, Laut Merah dan Selat Hormuz.

Presiden China, Xi Jinping  dan Presiden Rusia, Vladimir Putin merakamkan ucapan tahniah kepada Pemimpin Agung Iran yang baharu Ayatollah Sayyed Mojtaba Khamanei dan menyatakan sokongan penuh kedua-dua negara kepada Iran. Dalam pada itu, China menggesa agar menghormati kedaulatan, integriti wilayah dan serta merta menghentikan serangan ke atas Iran.

Presiden Lubnan, Micheal Aoun dalam perbualan telefonnya dengan Presiden Kesatuan Eropah, Ursula von der Leyen mengecam tindakan Iran yang menyerang negara-negara Asia Barat.

Sejak pengumuman Ayatollah Sayyed Mojtaba Khamanei sebagai Pemimpin Agung Iran yang baharu, IRGC, tentera Iran, Hizbullah dan kumpulan separa tentera Iran di Iraq terus melipatgandakan serangan dron dan peluru berpandu ke atas negara haram Israel, pangkalan tentera udara dan laut Amerika Syarikat serta aset-aset strategik di Asia Barat.

Lewat malam semalam (waktu tempatan) pasukan tentera elit rejim penjajah Zionis Israel sekali lagi cuba melakukan penyusupan dan pendaratan di Nabi Cheet, Lembah Beqaa di selatan Lubnan dengan menggunakan 15 buah helikopter. Anggota Hizbullah berjaya menghidu gerakan tentera penjajah rejim Zionis Israel dan melakukan ‘ambush’ terhadap mereka seterusnya berlangsung insiden berbalas tembakan yang amat sengit selama beberapa jam. Anggota Hizbullah berjaya mematahkan cubaan tersebut di samping dilaporkan berjaya menembak jatuh sebuah helikopter tentera rejim penjajah Zionis Israel ketika mereka berundur.

Ahli politik Qatar Hamad Bin Jamsari berkata sebaik sahaja kami mengisytiharkan perang ke atas Iran, Amerika Syarikat akan berundur dari medan perang, kemudiannya akan menjual senjata kepada kedua-dua belah pihak dan mengeksploitasi sumber asli kami untuk menumbangkan kedua-dua belah pihak dalam mengimplementasikan projek ‘The Greater Israel’.

Komander IRGC, Seyed Majid Moosavi berkata mulai sekarang, tidak akan ada peluru berpandu balistik Iran yang mempunyai kepala peledak (warhead) yang beratnya kurang daripada 1 tan yang akan digunakan untuk menyerang negara haram Israel. Kekerapan pelancarkan, ketepatannya dan scop operasi akan meningkat dengan ketara.

Sultan Oman, Sultan Haitham bin Tariq Al-Said merakamkan ucapan tahniah kepada Ayatollah Sayyed Motjaba Khamanei berikutan pelantikannya sebagai Pemimpin Agung Iran. Azerbaijan dan Republik Tajik juga turut merakamkan ucapan tahniah kepada Pemimpin Agung Iran yang baharu.

Buat hari ketiga berturut-turut, ribuan pendatang haram Yahudi membanjirii Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion sehingga menimbulkan ketegangan untuk mendapatkan penerbangan keluar daripada negara haram Israel.

Jurucakap Kementerian Luar Iran menyatakan bahawa serangan ke atas Turkiye, Azerbaijan dan Cyprus adalah ‘false flag operation’ yang dijalankan rejim penjajah Zionis Israel. Beliau juga turut mengulas dakwaan media negara haram Israel bahawa Iran hanya mempunyai baki 128 pelancarkan peluru berpandu setelah selebihnya dimusnahkan dan jawapan beliau ‘biarlah mereka bercakap dalam fantasi’.

Masyarakat antarabangsa berterusan mempamerkan protes anti perang terhadap Amerika Syarikat dan negara haram Israel apabila ribuan warga Perth, Australia mengadakan protes anti perang secara besar-besaran.

IRGC dalam kenyataan terbaharunya menyatakan mana-mana negara Arab dan negara Eropah yang mengusir Duta Amerika Syarikat dan negara haram Israel dari negara mereka akan diberikan kebenaran sepenuhnya untuk melalui Selat Hormuz pada keesokan harinya.

“Kembali Kepada Penyelesaian Islam”

DR MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa PAS Pusat
ADUN Batu Buruk
20 Ramadan 1447H / 10 Mac 2026 – HARAKAHDAILY 10/3/2026

- Advertisement -