Kepimpinan Dr Sam terserlah, pacu PN lebih progresif

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Datuk Dr Aliakbar Gulasan merakamkan ucapan tahniah kepada Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar atas pelantikan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

- Advertisement -

Pesuruhjaya PAS Sabah itu menyatakan keyakinan kepada latar belakang kepimpinan Dr Samsuri yang terserlah serta pengalaman sebagai seorang teknokrat berwibawa, mempunyai keupayaan untuk memacu PN ke arah yang lebih tersusun, progresif dan diyakini rakyat.

“Gabungan ilmu, integriti dan ketenangan beliau adalah aset besar dalam membina politik matang yang berteraskan prinsip dan solusi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, dalam suasana landskap politik yang mencabar, PN memerlukan kepimpinan yang bukan sahaja tegas dalam pendirian, tetapi juga bijaksana dalam merencanakan masa depan sekali gus menyatukan kekuatan, merapatkan ukhuwah, dan memperkukuh muafakat demi kesejahteraan rakyat.

“Saya mendoakan agar PN terus mara dengan langkah yang tersusun, kukuh dalam prinsip, luas dalam kebersamaan dan teguh dalam perjuangan. Semoga Allah SWT memimpin setiap langkah dan keputusan demi agama, bangsa dan tanah air tercinta,” katanya.

Dr Aliakbar yang juga ADUN Karambunai turut penghargaan kepada mantan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kepimpinan beliau yang telah mengemudi PN sebelum ini dengan penuh kesungguhan, kebijaksanaan dan istiqamah dalam mendepani cabaran politik negera. – HARAKAHDAILY 23/3/2026

- Advertisement -