Trump dakwa tiada keputusan muktamad dengan Netanyahu

Teruskan rundingan lanjut dengan Iran

Donald Trump dan Benjamin Netanyahu
- Advertisement -

WASHINGTON: Tiada apa yang muktamad dicapai mengenai Iran semasa lawatan Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam mesyuarat dengan Presiden Amerika Syarikat, Donals Trump di Rumah Putih, di sini.

- Advertisement -

Menyusul dakwaan Trump itu, beliau menyatakan bahawa rundingan AS dengan Iran akan diteruskan, ketika beliau mendesak Tehran untuk mengalah kepada senarai tuntutan.

Mesyuarat terbaharu Trump-Netanyahu itu berlangsung secara tertutup. Selepas lawatan mereka tamat, Trump menyiarkan di akaun Truth Social beliau bahawa ia merupakan ‘pertemuan yang hebat’.

Beliau berkata, pertemuan dengan Netanyahu berlangsung sangat baik yang menggambarkan hubungan yang hebat berterusan antara kedua-dua Amerika dan Israel.

“Tiada apa yang muktamad dicapai selain daripada saya menegaskan bahawa rundingan dengan Iran terus dijalankan untuk melihat sama ada sebarang perjanjian boleh dicapai atau tidak,” katanya.

Mesyuarat pada hari Rabu (waktu tempatan) itu merupakan kali keenam Trump menjadi tuan rumah kepada Netanyahu di AS sejak permulaan penggal keduanya.

Kedua-dua mereka telah bertemu sebanyak tujuh kali termasuk sekali di Israel sejak Januari 2025.

Lawatan terbaharu Netanyahu ke AS itu hanya beberapa hari selepas pegawai AS dan Iran mengadakan rundingan tidak langsung di Oman yang bertujuan untuk mengalihkan konfrontasi ketenteraan yang boleh merebak lebih luas ke rantau Timur Tengah.

Trump sebelum ini berpihak kepada Israel dalam perang 12 hari menentang Iran pada Jun tahunlalu.

Konflik itu memuncak dengan serangan AS ke atas tiga tapak nuklear Iran, dalam operasi ketenteraan yang digelar ‘Midnight Hammer’. – HARAKAHDAILY 12/2/2026

- Advertisement -