‘Rayer who? Next please’ – Firdaus Wong

Firdaus Wong
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Firdaus Wong menegaskan beliau tidak berminat untuk memberi reaksi terhadap kenyataan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, yang sekali lagi menyebut namanya dalam sidang Parlimen baru-baru ini.

- Advertisement -

“Dengar khabar, @rsn_rayer seru nama saya di Parlimen dan ramai minta saya respons. Entah kali keberapa dia petik nama saya dah di Parlimen.

Rayer who? Next please,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Beliau dalam kenyataan itu juga menegaskan bahawa Rayer sudah tidak lagi relevan.

“Ahli DAP pun ‘reject’ dia dalam pemilihan kenapa kita nak bagi perhatian kepada dia? Barangkali penggal terakhir dia jadi Ahli Parlimen.

“Fokus pada perjuangan kita,” tegas kenyataan Firdaus.

Terdahulu, Rayer, tampil lantang menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan segera, termasuk penahanan, terhadap seorang penceramah bebas yang dipercayai Firdaus Wong, dan seorang pengguna TikTok, susulan kandungan yang mereka muat naik berkaitan sebuah kuil Hindu.

Menurut Rayer, tindakan kedua-dua individu tersebut tidak boleh dipandang ringan kerana ia menyentuh isu sensitif melibatkan agama dan keharmonian kaum, sesuatu yang sentiasa menjadi titik rapuh dalam masyarakat majmuk Malaysia.

Beliau menegaskan bahawa sebarang kenyataan atau kandungan yang boleh disalah tafsir, diputar belit, atau digunakan untuk membangkitkan kebencian antara agama mesti dibendung sebelum ia menjadi api dalam sekam. – HARAKAHDAILY 6/2/2029

- Advertisement -